25Apr

Apple Bekerjasama Bersama-sama Dengan Warner Music

Apple

Setelah diperkatakan mengenai tawaran muzik berasaskan perkomputeran awan daripada Apple sebelum ini, kini lebih banyak petanda memperlihatkannya, dan terkini Apple bersama-sama dengan Warner Music telah pun menandatangani perjanjian kerjasama. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana perkhidmatan terbaru daripada Apple itu bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, pada minggu lepas, ianya telah diperkatakan yang mana Apple dalam perbincangan bersama-sama dua syarikat muzik besar, dan ianya tidak diketahui samaada Warner Music ini sebahagian daripadanya ataupun rakan kerjasama mereka yang baru.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah Apple akan melancarkan perkhidmatan muzik berasaskan awan mereka itu, namun ianya diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkannya sebelum Google melancarkan Google Music.


Snow Leopard Bakal Di Lepaskan Jumaat Ini
Apple Mengumumkan iMac Baru Dengan FaceTime HD dan Thunderbolt
Infografik : Sejarah Apple - Kejayaan Dan Kegagalan Produk Apple
iPhone 5 Bakal Membawakan Cip A5, 1GB RAM Dan Kamera 8-Megapixel?
Google Drive Semakin Menghampiri Pelancarannya?

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 26 Apr 2011

    utk nak dapat copyright lagu2 yg bernaung bawah warner music gamaknya.

    • lizz pada 26 Apr 2011

      a’ah. mungkin jugak sebab tu. cuz copyright tu penting

  2. romli pada 26 Apr 2011

    macam impossible je nak sampai malaysia. iTunes store MY pon tak boleh beli lagu.

    sejak cetak rompak/download mp3 berleleuasa. record label(sony, WM, UMG, EMI) susah nak jual music.

    lagipon orang kita bukan ada duit nak beli music pon.

    teman suka http://rdio.com sebab sangat best.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader