Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya dunia IPTV tempatan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Setelah TM memperkenalkan HyppTV, serta Maxis memperkenalkan perkhidmatan IPTV mereka bersama-sama dengan Maxis Home, kini Astro juga dijangka akan memperlihatkan perkhidmatan IPTV mereka tidak lama lagi.
Perkhidmatan IPTV daripada Astro ini kelak dijangka akan dipanggil sebagai Astro Byond IPTV, dan berkemungkinan besar, kebanyakkan saluran yang terdapat pada Astro mungkin turut sama akan diperkenalkan pada IPTV daripada Astro ini.
Ianya masih lagi tidak pasti bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum, namun Astro dijangka akan memperlihatkannya pada minggu hadapan. Info lanjut berkaitan dengannya akan menyusul selepas pengumuman rasmi daripada pihak Astro.
1 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kiranya IPTV astro ni distream dari existing ISP ni la kan ? sebab dorang takde internet sendiri.
dulu astronet dah gagal time dorang nak geng ngan astro. time first version decoder dulu.