28Apr

Bekas Pemilik YouTube Mengambil-Alih Delicious Daripada Yahoo!

Web 2.0, Yahoo!

Setelah sekian lama menjadi tanda-tanya berkenaan dengan masa depan Delicious, nampaknya hari ini jawapannya diperlihatkan, dimana kini Delicious yang dimiliki oleh Yahoo! telah pun diambil-alih sepenuhnya oleh Chad Hurley dan juga Steve Chen, yang mana sebelum ini mereka berdua telah memulakan YouTube.

Dengan pengambil-alihan ini, Delicious kini menjadi anak syarikat kepada AVOS. Harga pembelian dan pengambil-alihan ini tidak diumumkan. AVOS menjanjikan yang mana para pengguna Delicious boleh kekal menggunakan halaman Delicious tanpa sebarang ragu-ragu sama seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, AVOS juga dijangka akan memperkenalkan beberapa perkara baru pada Delicous kelak, dan salah satunya adalah add-on untuk pelayar web Firefox 4, yang akan memudahkan para pengguna bookmark. Mungkin kita akan dapat melihat para pengguna Delicious bergembira semula, dan sama-sama kita lihat perkembangan Delicious selepas ini.


FourSquare 3.0 Bakal Dilancarkan
Kini Pengguna Boleh Tag Pages Pada Gambar Facebook
Infografik : Segalanya Tentang YouTube
MPH Turut Sama Menyertai Arena Penerbitan Digital Melalui MPH Digital
Pengguna MegaUpload Bercadang Ingin Menyaman Pihak FBI

1 Komen

  1. ekspresiruang pada 28 Apr 2011

    dulu time pakai firefox, mmg berguna sgt delicious ni utk simpan bookmark. skg dah pakai chrome, dah xpakai dh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader