08Apr

Aplikasi Bing Untuk iPad Diperkenalkan

Microsoft

Microsoft hari ini memperkenalkan aplikasi pertama mereka untuk para pengguna iPad, iaitu aplikasi enjin carian mereka, Bing. Melaluinya, ianya membawakan enjin carian Bing untuk iPad dalam bentuk yang amat interaktif sekali dengan rekabentuk yang menarik berbanding pada web biasa.

Menariknya mengenai aplikasi Bing untuk iPad adalah dimana ianya disertakan dengan sokongan geolokasi, dimana segala perkara yang seterusnya diperlihatkan oleh aplikasi tersebut dioptimasikan mengikut lokasi anda, termasuk memperlihatkan informasi seperti berita, filem dan cuaca.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, aplikasi ini hanya boleh diakses dan digunakan oleh para pengguna Amerika sahaja. Percubaan kami untuk memasang aplikasi ini secara terus daripada AppStore menemui kegagalan.


Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang
Microsoft Office 2010 Di Lepaskan
IE 9 Beta Di Muat-Turun Lebih 2 Juta Kali
iPad 2 Akan Mula Di Jual Pada Bulan April?
iPad Generasi Ketiga Mula Dijual Di Malaysia Bermula RM1499

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 08 Apr 2011

    ironi, bilamana program microsoft masok dlm hardware competitor sejati diorang. hehe

  2. Mohd Isa pada 08 Apr 2011

    daya saing macam inilah yang kita perlukan, yahoo bila pula yerk? hehe

  3. kaizendeen pada 08 Apr 2011

    Kalau bagi aku Apple tak perlu bagi produk microsoft dlm produk dia..utk bagi saingan sihat utk membuat lagi tablet.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader