12Apr

BlackBerry PlayBook Bakal Diperlihatkan Di Malaysia Jumaat Ini

Gajet

Setelah sekian lama dinantikan, Research In Motion akhirnya akan memperlihatkan tablet pertama keluaran mereka BlackBerry PlayBook di Malaysia pada hari Jumaat ini. Berkemungkinan besar, harga dan tarikh pelancarannya juga turut diumumkan pihak RIM Malaysia pada hari tersebut.

Seperti sedia maklum, BlackBerry PlayBook membawakan skrin seluasa 7-inch dengan resolusi skrin 1024×600, serta didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1GHz dual-core, dan RAM 1GB. Ianya juga turut sama membawakan kamera hadapan 3-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Sokongan mikro-HDMI turut sama didatangkan, bersama-sama dengan sokongan Adobe Flash dan juga HTML5. Ianya juga turut diperkatakan yang mana PlayBook kelak akan menyokong aplikasi Android.

Kami akan cuba membawakan pelbagai kemaskini daripada acara tersebut kelak.


Telefon Facebook HTC Bukan Telefon Rasmi Dari Facebook
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
Peranti BlackBerry Sebagai Kad Akses Memasuki Bangunan?
Huawei Malaysia Memulakan Pra-Tempahan Untuk Vision Dan MediaPad
BlackBerry Bold 9790 Dan Curve 9380 Dilancarkan Di Malaysia

8 Komen

  1. Piratz pada 12 Apr 2011

    aku nak invitation gak..

  2. doBot pada 12 Apr 2011

    Penantian satu penyiksaan. Hatiku mula terdetik kepada Samsung Tab. Arghhh…….

  3. syzwnsrwk pada 12 Apr 2011

    pehh, tergugat nafsu nak beli iPad 2 -.-

  4. romli pada 12 Apr 2011

    playbook ni teman rase le dia punya development lama sangat. teman dah jemu tunggu.
    lagipon susah nak naik dah sebab ecosystem app tak de. itu je le teman nak kabo.

    • ekspresiruang pada 12 Apr 2011

      ni mesti adik-beradik usop ni. usop dah balik kg pisang ke? huhu

  5. ekspresiruang pada 12 Apr 2011

    nak tgk sket apa hebatnya playbook ni. kalau hebat, nak angkut 1, xnk tunggu iPad2. huhu

  6. SJ pada 12 Apr 2011

    brape ribu bende ni? lgi mhal dr ipad atu lebih murah?

  7. reezluv pada 12 Apr 2011

    dah ada iPad 1st Gen..adoyai..nanti la ada duit lebih, kasi angkat Android plak..:D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader