15Apr

BlackBerry PlayBook Diperlihatkan Di Malaysia

Gajet

Selain daripada HTC Flyer, lagi satu tablet yang telah diperlihatkan hari ini adalah BlackBerry PlayBook oleh RIM. Buat masa ini, ianya hanya sekadar diperlihatkan sahaja di Malaysia, dan masih tiada tarikh rasmi berkenaan dengan pelancaran dan harga BlackBerry PlayBook di Malaysia.

BlackBerry PlayBook secara rasminya akan dilancarkan oleh RIM pada 19 April akan datang ini. Menurut pihak RIM, tarikh pelancaran tempatannya akan tidak begitu jauh berbeza, dan mungkin dalam beberapa minggu, ianya akan diperkenalkan di Malaysia. Selain daripada itu, BlackBerry PlayBook juga turut sama akan dijual secara berasingan tanpa sebarang kontrak daripada penyedia telekomunikasi tempatan.

Namun begitu, mungkin juga terdapat penyedia telekomunikasi tempatan yang menawarkan peranti tablet pertama daripada RIM ini. Jikalau dilihat sebelum ini, peranti BlackBerry ditawarkan oleh hampir kesemua penyedia telekomunikasi, namun memandangkan BlackBerry PlayBook turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan LTE/WiMAX, mungkin juga Yes ataupun P1 menawarkannya. Namun segalanya masih tidak dapat disahkan buat masa ini.

Perisian akhir BlackBerry Tablet OS juga masih belum siap sepenuhnya, dan masih lagi beberapa perubahan akhir sedang dilakukan padanya. Namun, mungkin ianya selesai sepenuhnya ketika pelancarannya kelak pada minggu hadapan. Namun begitu, salah satu kelemahan padanya adalah anda perlu tether terlebih dahulu bersama-sama dengan BlackBerry anda sebelum dapat menggunakan fungsi emel, BBM dan sebagainya. Namun begitu, anda masih boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga yang lain, namun tidak dapat mengalami penggunaan emel sepenuhnya seperti mana yang terdapat pada peranti BlackBerry yang lain.

BlackBerry PlayBook membawakan cip pemprosesan 1GHz dual-core, bersama-sama dengan RAM 1GB, serta pelayar web yang pantas dengan sokongan HTML5 dan juga Flash. Ianya juga turut sama membawakan kamera hadapan 3-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel.


Pengguna Android Malaysia Berkembang Dengan Drastik Berbanding Platform Lain
N9 Akan Disokong Nokia Untuk Beberapa Tahun
Jualan Peranti Keluarga Samsung Galaxy S Melangkaui Angka 30 Juta Unit
(Video) Kamera Xperia Ray Dengan Exmor R Diuji Pada Waktu Malam
Nokia Mengumumkan Peranti Windows Phone Pertama - Nokia Lumia 800

11 Komen

  1. joev pada 15 Apr 2011

    smart..

  2. ekspresiruang pada 15 Apr 2011

    teringin nk beli playbook sbb skg pon dah pakai hp bb :)

  3. syzwnsrwk pada 15 Apr 2011

    iPad 2 anyone?
    XD

  4. wazy pada 15 Apr 2011

    Semakin cool dengan playbook ni
    superb !!

  5. Alif pada 15 Apr 2011

    Hmpr2 nk angkt galaxy tab.tp hold sbb playbook

  6. doBot pada 15 Apr 2011

    Akhirnya…Mr Amanz mengeluarkan review ini. Thanks Bro. Kalau 19hb nie, ramai rumours kat LYN mengatakan pada bulan Mei. Mmmm…sabar Bot….. Hahahah

  7. SJ pada 16 Apr 2011

    mne stu nak bli ni ipad ke playbook?

    • EiNS pada 16 Apr 2011

      Kalau nak apps, games byk beli iPad 2…

      Playbook hardware wise…tapi sebab OS QNX yang guna kat BB tablet masih baru apps kurang…even takde official facebook/twitter app lg ntuk playbook…nak tweet kena bukak twitter.com

      sadly…contacts, emails, calendar app pun xde lg dalam playbook…kena bridge dengan BB baru boleh guna…kesimpulannya playbook berguna sekiranya korang pengguna smartphone BB…so buat pilihan yang bagus

      • landax pada 17 Apr 2011

        macam mana pulak kalau pakai XOOM??

  8. Tok Peraih Emas pada 19 Apr 2011

    Ramai dah offer harga dia RM2700 betul ke?

  9. r.j pada 16 Sep 2011

    Can i know the actual price for playbook .?. Harga dia tk turun ke. dh google .tapi mahal sangat. Can anyone tell me?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader