22Apr

Butang Facebook Like Kini Genap Setahun Diperkenalkan

Web 2.0

Hari ini, ianya genap setahun sejak Facebook memperkenalkan butang Like kepada umum, yang mana kini telah menjadi salah satu perkara yang amat popular, dan boleh ditemui dihampir semua laman web di alam maya ini.

Melalui statistik semasa, ianya diperkatakan yang mana hampir 10,000 laman web baru diintegrasikan bersama-sama Facebook setiap hari, menjadikan jumlah laman web yang diintegrasikan bersama-sama Facebook berjumlah lebih 2.5 juta laman web. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana laman web yang mengintegrasikan butang Like mendapat kenaikan trafik hampir 300% padanya.

Di Malaysia sahaja, hampir setiap blog dan artikel mengguna-pakai fungsi Like ini, dan sudah tentunya ianya akan terus berkembang daripada semasa ke semasa. Google sendiri menerima tempiasnya, apabila baru-baru ini mereka memperkenalkan butang +1 pada halaman carian mereka. Sama-sama kita nantikan pelbagai perkara baru yang akan dibawakan oleh Facebook melalui butang Like ini.


MobileKini - MalaysiaKini Versi Mudah Alih
McAfee Turut Menyertai Senarai Penyedia Pemendek URL
Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Halaman Profail
Dua Telefon Facebook Akan Diperlihatkan Bulan Hadapan
Mentari Works Bakal Melancarkan Perkhidmatan Untuk Pencari Kerja - Kdnp.me

6 Komen

  1. ekspresiruang pada 22 Apr 2011

    saya pon pasang butang Like FB ni kat page Ekspresi Ruang :)

  2. Irwan pada 22 Apr 2011

    waktu memula LIKE dalam bahasa malaysia dulu bukan SUKA tapi SEPERTI :)

  3. Bob pada 22 Apr 2011

    +1 Arr!

  4. shakroil pada 22 Apr 2011

    like this! haha

  5. MuJE pada 23 Apr 2011

    happy birthday! teringat lagi masa mula-mula keluar dulu. excited gile sebab bila tekan like akan keluar dekat wall

  6. beliamuda pada 24 Apr 2011

    Butang harus ada sebagai jalan untuk membawa trafik daripada FB!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader