11Apr

Carian Imej Pada Google Memperlihatkan Masa Dimuat-Naik

Google

Ianya tidak pasti sejak bila, tetapi kini carian imej pada Google seperti memperlihatkan masa ketika bilakah imej tersebut dimuat-naik dan didapati pada web. Namun begitu, ianya hanya diperlihatkan pada gambar-gambar terkini sahaja, dan bukannya pada kesemua gambar.

Melalui gambar-gambar yang dimuat-naik pada web masing-masing, Google memperlihatkan bilangan hari sejak bilakah ianya dimuat-naik ke pelayan, sekaligus dengan mudah membolehkan ianya diketahui dari manakah asal-usulnya sesuatu gambar itu.

Ianya tidak diketahui samaada fungsi ini telah diperkenalkan lama ataupun masih sedang diuji oleh Google buat masa ini.


Cuil Memperkenalkan Perubahan Pada Rekabentuk
April Fool : Google Memperkenalkan Brain Search
Google Buzz Memperkenalkan Fungsi Reshare
Kereta Dipandu Automatik Google Terlibat Dalam Kemalangan?
Google Bakal Mula Menjual Tablet Melalui Kedai-Atas Talian Khas

6 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 11 Apr 2011

    Ini terbaik… Laju je aman ni… haizzz..

  2. faiz pada 11 Apr 2011

    terbaik..bagus sebenarnya camni sebab kita tahu latest punya pic..rasany harini jugak dia start guna sebab semalam malam still belum ada

  3. Wan Perlis pada 11 Apr 2011

    aku search perlis tp tada pun masa tu

  4. ekspresiruang pada 11 Apr 2011

    uish lajunya dpt detect menda ni. bgs la amanz ni. hehe. fungsi ni lebih kurang youtube.

  5. beliamuda pada 11 Apr 2011

    baguslah. nnt senang nak cari kalau pencarian kita tu berkaitan dengan masa…

  6. MuJE pada 12 Apr 2011

    ha aku pon ada perasan pasal benda ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader