06Apr

Celcom Kolony Kini Sah Akan Dilancarkan Pada Jumaat Ini

Telekomunikasi

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini ianya sah yang mana Celcom Kolony bakal diperkenalkan pada hari Jumaat ini secara rasminya. Buat masa ini masih tiada sebarang maklumat rasmi berkaitan perkhidmatan terbaru daripada Celcom ini, namun ianya memberikan idea yang mana berkemungkinan besar ianya akan berkait rapat dengan rangkaian media sosial.


Web Kolony.com.my

Sejak akhir-akhir ini, ramai pengguna gemar berkongsikan pelbagai perkara melalui media sosial, seperti Facebook dan Twitter. Celcom Kolony memberikan idea awal yang mana mungkin ianya akan dipecahkan kepada lima pelan (atau pakej), yang mana dinamakan sebagai Ding, Fren, Bomm, Kom, dan Koinz.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diperkenalkan oleh Celcom pada hari Jumaat ini.


Lebih 560 Juta Pengguna Berdaftar di Skype
Jalur Lebar Berkelajuan 42Mbps Dari U-Mobile
Tune Talk Melancarkan Perkhidmatan BlackBerry
Celcom Menawarkan BlackBerry Curve 9360 Pada Harga RM588
Laman Rasmi Perkhidmatan Jalur-Lebar Berwayar P1 Fiber Kini Aktif

11 Komen

  1. ibnmasir pada 06 Apr 2011

    dahsyat betolla die punye promosi.. sume org naik seram.. ingtkan projek rahsia kerajaan telah dipecahkan.. cm dlm pilem beb..

    • Wan Perlis pada 07 Apr 2011

      mmg byk aku jumpa..kat tiang traffic light pun ada

  2. daus.. pada 06 Apr 2011

    hahaha..kwn aku dok pelik naper ad bnyak logo mcm biohazard kat merata2..pasal crop circle la..ape la..mmg menarik perhatian tol..lol..:P

  3. faiz pada 06 Apr 2011

    laju je amanz dapat berita..huhu..

  4. kaizendeen pada 07 Apr 2011

    Amanz dgn team dia memang pantas…lagi hebat promosi dr celcom ni..hehehe.. mintak upah kt celcom…:)

  5. faeez faster pada 07 Apr 2011

    abis yg pakai celcom 1+5 data plan nie mcm mne plak..?huhu ^.^”

  6. Roslan Nazri pada 07 Apr 2011

    hope celcom failed.. haha..

  7. computer guy pada 07 Apr 2011

    oooohhh… now i know what is this weird symbol…. good marketing strategy… put the logo first into our subconscious mind… first thought its a new product/new company for the rakyat… never thought its socialmedia site…. so, can i say, Malaysia still a follower? or Malaysia always a follower? whooopsss…

  8. anti-vandalisme pada 08 Apr 2011

    Pasni Celcom bolehla hire org untuk kemas2 ye, segala signboard2 papan tanda nama tempat kat damansara perdana dan kawasan2 lain…kalau dah buat vandalisme@promosi aneh tu sile take responsibility untuk kemaskan balik..kalau teman ni datuk bandar dah lame teman saman si celcom ni…

  9. muhd aiman pada 03 May 2012

    fren ejah koinz ckit MAN9612


Trackbacks/Pingbacks

  1. Celcom Kolony bakal dilancarkan hari Jumaat ini « Desaria

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader