Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan, hari ini Celcom telah pun melancarkan Kolony secara rasminya, dimana daripada pandangan pertamanya, ianya kelihatan seperti sebuah rangkaian sosial berasaskan SMS. Buat masa ini, Kolony hanya dibuka kepada semua pengguna Celcom sahaja.

Ketika artikel ini ditulis, angka statistik semasa memperlihatkan lebih daripada 1.35 juta pengguna telah pun berdaftar dengan Kolony. Melaluinya, anda boleh berkomunikasi antara rakan-rakan sosial anda dengan mudah dengan menghantarkan SMS sahaja.

Kolony memperlihatkan lima fungsi, iaitu Ding untuk berkomunikasi satu persatu dengan rakan anda, Fren pula membolehkan anda meluaskan rangkaian Kolony anda dan dapatkan perkembangan terkini, Bomm pula membolehkan anda menyebarkan pembaharuan dan kehangatan kepada semua rakan, Bomm pula membolehkan anda mendapatkan kemaskini dari rakan-rakan Kolony anda, dan terakhir sekali, Popp membolehkan anda berkongsi fikiran anda dengan rakan yang lain.

Kolony buat masa ini, menggunakan sistem Koinz, dimana setiap pendaftaran baru mendapat 500 Koinz, yang mana berkemungkinan besar merupakan salah satu cara pembayaran untuk setiap SMS yang dihantar kepada Kolony. Setiap tambah-nilai juga turut mendapat Koinz, yang boleh digunakan untuk Kolony.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd