29Apr

Chromium Mencecah Versi Pembangunan 13

Perisian, Sumber Terbuka

Dengan pelancaran versi stabil Chrome 11, kini pembangunan Chromium telah pun mencapai versi 13. Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan tiada sebarang perubahan drastik dan fungsi-fungsi baru yang kelihatan padanya, namun begitu, melalui versi 13 kelak, pelbagai perkara menarik dinantikan.

Salah satu perkara yang diperkatakan akan dibawa oleh versi 13 ini kelak adalah perubahan kepada antaramuka grafik pelayar web tersebut. Jikalau dilihat secara kasarnya, pelayar web Chromium 13 membawakan warna menu yang sedikit cerah berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan akan membawakan fungsi sokongan untuk log masuk ke lebih daripada satu profail Google dengan mudah, serta enjin Omnibox yang ditambah baik lagi. Perkara-perkara lain masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Bagi para pengguna yang berminat untuk menguji Chromium 13 ini, boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi dan mengujinya, namun hendaklah diambil perhatian bahawa ianya masih lagi pada peringkat pembangunan dan mungkin terdapat pelbagai masalah yang belum dikenal-pasti lagi buat masa ini.


Google Blog Converter 1.0 Di Lancarkan
Peratus Penggunaan Linux Mencecah 1%
Firefox 3.5 Bakal Di Lepaskan Pada 30 Jun
BlackBerry OS 7 Dan Beberapa Peranti Baru Bakal Dilancarkan Dalam Tempoh Kurang 24 Jam
Firefox 9.0 Beta Kini Sedia Diuji Pengguna Windows, Linux Dan Mac

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 29 Apr 2011

    tunggu stabil dulu la kot baru download, nanti asyik crash lak. huhu

  2. azrulampard pada 30 Apr 2011

    saya yang noob ingin bertanya hehe…apa beza chrome dgn chromium? mana lagi bagus?

  3. Ikhwan Pauzi pada 02 Jun 2011

    chrome tu under chromium . chromium ada banyak bawah dia macam google chrome, rockmelt dan macam-macam lagi .


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader