22Apr

Duster Mungkin Menjadi Tema TwentyEleven Untuk WordPress

Web 2.0

Kini, ianya telah pun dicadangkan pada WordPress Trac, dimana tema Duster yang dibangunkan oleh Automattic sebelum ini ditambah-baik dan seterusnya menjadi tema utama untuk WordPress, dan mungkin akan dinamakan sebagai TwentyEleven, mengantikan tema TwentyTen yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Sebelum ini, melalui WordPress 3.0, Automattic telah memperkenalkan tema TwentyTen yang mana membawakan pelbagai fungsi baru dan menarik. Mulai daripada tema TwentyTen, para pembangun WordPress mensasarkan untuk memperkenalkan tema utama baru untuk setiap tahun, mengantikan legasi Kubrick yang digunakan sejak WordPress 1.5 hingga sebelum WordPress 3.0.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat cadangan, dan sekiranya ianya dipersetujui oleh semua pihak, berkemungkinan besar ianya akan menjadi tema TwentyTen kelak.


Tema Duster Oleh Automattic


Friendster Kini Menyokong Aplikasi Facebook dan OpenSocial
Bayar Tiket Wayang GSC Menggunakan PayPal Melalui Maxis Movies
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
Plugin Butang Sosial Amanz Untuk WordPress Dilancarkan
Facebook Memfokuskan Sokongan Open Graph - Menguji Fungsi Trending Articles

8 Komen

  1. Affan pada 22 Apr 2011

    rasanya aku lagi suka ni dari twenty ten hehe

  2. Nasuha pada 22 Apr 2011

    Wow baru perasan ada theme ni dalam theme showcase.
    Thanks for the info!

  3. syahrilhafiz pada 23 Apr 2011

    duster menu bar dia menarik..

  4. LuthfiMY pada 23 Apr 2011

    comel jugak bro theme nih..

  5. MuJE pada 23 Apr 2011

    cam lagi comel jer daripada 2010… :D

  6. Eichikatsu pada 24 Apr 2011

    Mmg simple theme ni…cbe tgk http://wordpress.org/extend/themes/evolve
    Aku pkai theme ni..mmg siap ngn custom..cantik :)
    Tp utk self-hosted boleh la pkai..klu wordpress.com, theme Duster ni da ok rasenye..:)

  7. RozaniGhani pada 06 May 2011

    agak mustahil duster jadi twentyeleven sebab bila buka single post, page jadi single column tiada sidebar.
    lagipun function post format ada sedikit melambatkan loading page sebab function post format banyak related kepada database.
    cuma duster ni nampak macam premium theme, so agak jangal bagi first time user guna theme ni tiba-tiba nak beralih ke theme percuma yang lain yang tak berapa premium.
    bagi aku, duster tak berapa sesuai untuk first time user yang baru guna wordpres.
    aku belum khatam edit duster theme ni. huhu.

  8. Faris pada 09 May 2011

    Wow! Awesome beb! Perubahan ke arah lebih baik untuk para pengguna WordPress di seluruh dunia. Twenty Ten ni theme basic la sangat kalo Twenty Eleven pulak nampak macam better sikit la. Kalo yang Twenty Eleven rasa macam tak bagus jugak lebih baik pergi shopping kat 7Eleven…hehehehe…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader