Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan FeedGeorge yang membawakan perkhidmatan aggregator berasaskan lokasi yang diperkenalkan pada awal Januari yang lepas. Menariknya, hari ini, FeedGeorge telah pun mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan OfficeKami sekaligus menjadikan kedua-dua laman tersebut saling bergantung dalam berkongsi informasi.

Melalui FeedGeorge, para pengguna boleh memperlihatkan pelbagai berita, ataupun informasi berdekatan lokasi pengguna tersebut, manakala OfficeKami lebih kepada memaparkan lokasi-lokasi yang mana boleh digunakan sebagai pejabat bergerak anda. Mungkin dengan ini, data-data OfficeKami akan diintegrasikan pada FeedGeorge, sekaligus memberikan impak yang lebih besar kepada OfficeKami.

FeedGeorge merupakan salah satu projek daripada syarikat disebalik MalaysiaKini serta mendapat sokongan daripada iProperty, Malaysia Crime dan juga Exabytes, manakala OfficeKami merupakan salah satu projek komuniti daripada pembangun disebalik WeddingKami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd