02Apr

Firefox Mobile 5 Dan 6 Pada Tahun Ini?

Perisian

Selain daripada pelayar web desktop Firefox yang akan menerima pelbagai kemaskini sepanjang tahun ini, Mozilla juga turut sama merancang untuk memperkenalkan pelbagai kemaskini untuk pelayar web Firefox Mobile, dimana berkemungkinan besar versi baru akan dilancarkan bersama-sama dengan versi desktop Firefox.

Buat masa ini, masih tidak diketahui sepenuhnya mengenai perancangan untuk Firefox Mobile 5, namun salah satu fungsi baru yang dijangka akan diperkenalkan pada versi akan datang Firefox Mobile adalah sokongan untuk hardware acceleration, sama seperti mana yang diperkenalkan pada versi desktop mereka sebelum ini.

Maklumat lanjut mengenai pembangunan Firefox Mobile dijangka akan diketahui tidak lama lagi. Buat sementara itu, para pengguna Android dan Maemo boleh menikmati Firefox Mobile 4 yang mana membawakan pelayaran lebih menarik daripada pelayar web lalai padanya.


Sony Ericsson Menyokong Pembangunan CyanogenMod
Facebook Memulakan Ujian Aplikasi Facebook Messenger Untuk Desktop
Aplikasi Untuk Pembangun Web Pada Firefox 10 Dipertontonkan
Pengalihan Firefox Dalam Bahasa Malaysia Kini Menghampiri 63%
Pandang Pertama - Aplikasi Instagram Untuk Android

5 Komen

  1. ekspresiruang pada 02 Apr 2011

    cepat tol diorang upgrade

  2. mr.s pada 02 Apr 2011

    Harap2 Firefox Mobile untuk platform Symbian juga dapat diperkenalkan.

  3. suffer8zine pada 02 Apr 2011

    cepat dan pantas betul

  4. denz pada 03 Apr 2011

    Bagus la LCP…masih lagi meneruskan ciri2 tradisional
    Animonsta pulak buat serita pasal moden sikit..best2
    baru seimbang

  5. faiz pada 04 Apr 2011

    firefox mobile masih tak stabil..banyak kali guna kat n900 tapi slalu lag..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader