Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama tiada kemaskini daripada pihak Friendster, kini ianya diperkatakan yang mana mereka sudah pun dalam perancangan untuk memperkenalkan Friendster baru yang lebih menjurus kepada permainan dan pembelian atas talian. Sebagai langkah awalnya, Friendster sudah mula menghantar emel kepada para penggunanya berkenaan dengan perkara tersebut.
Melalui emel yang dihantar kepada setiap penggunanya, Friendster meminta para pengguna untuk membuat salinan data mereka pada Friendster, termasuk, data profail, gambar, mesej, dan blog, dimana ianya akan dipadam setelah 31 Mei 2011. Untuk memudahkan proses pemindahan, Friendster menyediakan sebuah aplikasi khas, memudahkan anda memindahkannya kepada Flickr dan juga Multiply.

Bagi para pengguna yang ingin membuat salinan data mereka di Friendster, mereka boleh memuat-turunnya dengan mudah melalui aplikasi khas yang disediakan oleh pihak Friendster. Buat masa ini, masih tiada pengumuman berkenaan versi baru Friendster, namun para pembangunnya memperkatakan versi baru akan menyusul dalam beberapa minggu lagi.
Terima kasih @BeliaMuda untuk tips.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ohh..tringat zaman friendster….
apesal eh tak buat ‘download information’ trus..kn sng..mcm fb buat tu….
goodbye FS………..
Download je semua yang ada kat FS tuh. Menggamit memori bila skrol komen/testimoni yang ada kat FB. Boleh baca balik antara yang terawal (dalam format HTML).
FS la laman web sosial pertama ku…
kenanganku. same as Taufik Mansur, web sosial pertama
ada lagi orang pakai friendster neh?