24Apr

Fungsi Sekuriti Pada Facebook Terus Ditambah-Baik

Sekuriti, Web 2.0

Dengan banyak pengguna mula tertipu dengan beberapa aplikasi dan laman-laman seumpama Facebook yang mencuri kata laluan pengguna, kini pihak Facebook seperti memperkenalkan beberapa langkah sekuriti terbaru, termasuk kebolehan untuk menambah peranti dan desktop yang digunakan, untuk mengelakkan akaun kita disalah guna.

Sebaik sahaja dilihat pengguna log masuk menggunakan peranti baru dan berbeza dengan biasa, kini Facebook memaparkan sebuah mesej baru, meminta para pengguna untuk menambahnya pada koleksi peranti yang dipercayai. Seterusnya, apabila pengguna menambah peranti tersebut, sebuah emel khas akan dihantar kepada akaun para pengguna tersebut.

Melalui emel tersebut, sekiranya anda yang memberi kebenaran tersebut, maka anda boleh abaikannya, namun sekiranya pihak lain, anda boleh klik pada suatu pautan yang disertakan untuk mendapatkan dan menyelamatkan kembali akaun anda daripada diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ianya tidak pasti sejak bilakah fungsi ini telah diperkenalkan, dan adakah semua pengguna sudah dapat melihatnya ataupun belum.


Cuil Memperkenalkan Fungsi Timeline View
LiteTheme Memperlihatkan Tema Pertama Mereka
20 Syarikat Memperlihatkan Idea Pada InnoTech 2009
Facebook Bakal Melancarkan Sesuatu Yang Menarik Minggu Hadapan
Hong Leong Memperkenalkan Perbankan Sosial Dan Aplikasi iPhone

17 Komen

  1. Omar pada 24 Apr 2011

    ni bukan memang dah lama ke. Sebab certain user je activatekan, so nanti dia akan hantar ke handphone dan e-mel.

    • Aman pada 24 Apr 2011

      ooo. dah lama yerk. :P

      • j_veen pada 24 Apr 2011

        yup dh lame dah ni..sejak januari dah ade dgn function “Browse with HTTPS”

      • Mus pada 25 Apr 2011

        memang dah lama..
        siap dia hantar notification lagi ke emel.. hp

  2. ekspresiruang pada 24 Apr 2011

    tak pernah perasan lak sebelum ni

  3. paeh pada 24 Apr 2011

    dah lama. cuma kena semak kat setting….

  4. tarmizishukri pada 24 Apr 2011

    A’ah.. lama jugak dh ni. tapi takpe bro, mungkin ramai lagi tak tau :)

  5. Khai pada 24 Apr 2011

    yup.. Ini dah lama dah ni.. dah nak sbulan rasanya.. apapun bagus sekali untuk pembaca-pembaca yang baru agar lebih faham.. syabas amanz!! *wah komen skema.. ekeke*

    • Taufik Mansor pada 24 Apr 2011

      LOL

    • peace pada 24 Apr 2011

      sebulan? Rasanya x tak silap dari November tahun lepas dah ada. Cumanya, masa tu terhad kepada pengguna yang verifiy mobile phone kalau tak silap.

      • Khai pada 25 Apr 2011

        Alamak! Ye ke.. camtu pesbook pilih kasih la dengan aku.. hehehe

    • paeh pada 24 Apr 2011

      bukan november. awal lagi… waktu aku lepak dengan ariffshah.com dulu dalam bulan 8 camtu dah ada benda niii… tu pun aku tengok ariffshah pasang fungsi ni kat laptop dia…

      • paeh pada 24 Apr 2011

        eh lappy lak…. facebook… LOL!

  6. Azah pada 25 Apr 2011

    dah lama la yg ni… ai dah naek bosan duk kena taip nama computer klau tiap kali delete cookies.. huhu…

  7. Zul Hafizi pada 25 Apr 2011

    benda ni dah lama dah…klo korang ada subscribe skali ngan SMS nnti setiap kali login akan masuk SMS

  8. syafieq pada 25 Apr 2011

    aku takde pn bnda nie.haha

    • Zul Hafizi pada 26 Apr 2011

      kena activate kan dekat setting


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader