23Apr

Fungsi Sembang Pada GengBlogger Diperkenalkan Semula

Web 2.0

Setelah mengeluarkan fungsi sembang pada GengBlogger sebelum ini, kini pembangunnya memperkenalkan kembali fungsi tersebut, dan kini semua pengguna GengBlogger boleh menggunakannya, serta pada masa yang sama mengenali rakan-rakan penulis blog yang lain dengan lebih dekat lagi.

Sebelum ini, pihak GengBlogger memperkatakan yang mana mereka terpaksa membuang fungsi sembang tersebut kerana mengalami sedikit masalah dengan pelayan mereka. Mungkin kini ianya telah selesai dan stabil, maka diperkenalkan semula fungsi yang diminta oleh ramai pengguna GengBlogger.

GengBlogger juga baru-baru ini telah mencapai lebih daripada 20,000 orang pengguna, sekaligus menjadi salah satu platform untuk para penulis blog berkongsi sesuatu dan bertukar-tukar pendapat bersama yang lain dengan mudah.


[Ura-Ura] Apple Bakal Miliki Twitter
Kad Kahwin Versi Digital Melalui WeddingKami
Facebook Memperlihatkan Iklan Syarikat Telekomunikasi Pada Halaman Log Keluar
Beli.la Membawakan Konsep Baru Dalam Dunia Jual-Beli Atas Talian
Maybank Membawakan Sokongan Perbankan Melalui USSD

2 Komen

  1. topo pada 23 Apr 2011

    ok gak chat ni tapi macam lagging teruk je hoho slow je

  2. Abang Chik pada 24 Apr 2011

    Kelemahan Chat tersebut adalah legging, tapi ok langkah demi langkah untuk memajukan GengBlogger


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader