16Apr

Pembangun GengBlogger Memperkenalkan GengFlick

Web 2.0

Selain daripada GengBlogger dan juga Vlog, kini pembangun disebaliknya turut memperkenalkan perkhidmatan baru dibawah nama GengFlick. Melalui GengFlick, ianya menyediakan sebuah platform untuk soal-jawab, dimana para pengguna boleh mengemukakan soalan kepada para pengguna yang berlawanan jantina dengan mereka.


Antaramuka Laman GengFlick.com

Sama seperti pelbagai perkhidmatan yang pernah diperkenalkan oleh mereka sebelum ini, GengFlick menggunakan mekanisma pendaftaran melalui akaun Twitter, sekaligus memudahkan proses pendaftaran. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya masih lagi dalam proses pembangunan, memandangkan beberapa fungsi masih lagi tidak dapat diakses sepenuhnya pada halaman tersebut.


Ruangan Bertanyakan Soalan Pada GengFlick.com

Para pengguna yang berminat, boleh bermain soal-jawab bersama rakan-rakan anda yang lain dilaman GengFlick.


Groupon Malaysia Mencapai 100,000 Orang Pengguna
Aplikasi Android Oh!MediaFM Kini Dalam Pembangunan
Instagram Untuk Android Telah Dimuat-Turun Lebih 5 Juta Kali
Aplikasi Report Malaysia Taxi Memudahkan Anda Menghantar Aduan Kepada Pihak Berkuasa
LG Menyertai Industri Ruangan Storan Awan Melalui LG Cloud

19 Komen

  1. beliamuda pada 16 Apr 2011

    Bukan dah lama ke GengFlick ni? Tak faham sangat dengan konsep GengFlick ni..

  2. kong pada 16 Apr 2011

    huhu mekasih amanz, cepat jer die nampak. actually dalam development, lom 100% siap.

  3. zool pada 16 Apr 2011

    Cam best je..

  4. ekspresiruang pada 16 Apr 2011

    konsep ni mcm best. simple dan efektif dlm bersosial dgn rakan2 blogger :)

  5. reezluv pada 16 Apr 2011

    satu perkembangan baik dalam dunia blogging malaysia :D

  6. Ali ridha pada 16 Apr 2011

    lama tak main permainan ni.
    kena cuba juga ni.

  7. SJ pada 16 Apr 2011

    aku x pham lah benda ni. bleh treang dgn lbih detail

  8. Anarm pada 17 Apr 2011

    seingat aku, dulu gengflick ade kejap.. pastu tutup kejap.. sekarang timbul balik..

  9. MuJE pada 17 Apr 2011

    owh aku dah paham benda ni. game ketika bosan tapi banyak function tak berfungsi lagi.

  10. suffer8zine pada 17 Apr 2011

    wahhh den nk serang

  11. landax pada 17 Apr 2011

    x paham lah dengan gengflick ni~soal jawab?makna kata?err..Formspring?

  12. ShakRoil pada 17 Apr 2011

    errr.. macam formspring ke ni?

  13. syahrilhafiz pada 17 Apr 2011

    dah main
    0 mark..haha
    apa la gegel tanya soalan entah

  14. khydir pada 17 Apr 2011

    ?????

  15. wazy pada 18 Apr 2011

    akhirnya up balik gengflick ni
    bolah layan soalan best kat situ

  16. paeh pada 18 Apr 2011

    ni tempat bertengkar laki ppuan ke. hahahahaha!

  17. rajawali pada 19 Apr 2011

    apsal login dg twitter je…dg pesbuk xbole k….

  18. Sya Isya pada 20 Apr 2011

    Erm…nak cuba try usyar juga lah bila dah betul2 ON gengflick ni. First time dengar pasal ni.

  19. Amir Said pada 23 Apr 2011

    aku pun tak paham sangat konsep gengflick ni.. pernah cuba dulu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader