14Apr

Goo.gl Dikemaskini Dengan Beberapa Fungsi Baru

Google

Sejak memperkenalkan peringkas URL mereka tersendiri, Goo.gl telah menjadi salah satu bualan hangat, dimana ianya kini merupakan penyedia peringkas URL yang paling pantas sekali. Kini, Google terus menambah beberapa fungsi baru padanya, menjadikannya lebih menarik lagi berbanding sebelumnya.

Salah satu perkara baru adalah dimana kini para pengguna boleh menyalin URL yang diringkaskan dengan lebih pantas lagi dengan hanya tekan CTRL + C selepas meringkaskannya, berbanding sebelumnya yang mana mereka perlu memilih dan menyalinnya secara manual. Selain daripada itu, salah satu fungsi yang dinantikan sekian lama, iaitu kebolehan untuk memadam sesuatu URL itu daripada dashboard turut diperkenalkan, sekaligus memudahkan anda melihat hanya pautan yang dikehendaki sahaja.


Fungsi Menyorokkan URL Yang Tidak Dikehendaki Pada Goo.gl

Pada masa yang sama, Google terus sama memfokuskan peringkas URL mereka, goo.gl untuk terus menjadi yang paling pantas dan boleh dipercayai berbanding penyedia yang lain. Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, lebih banyak perkara baru akan diperkenalkan oleh mereka.


Platform Telefon Pintar Yang Digunakan Paling Ramai Di Malaysia Adalah Symbian
Android Market Baru Membawakan Sokongan Kemaskini Aplikasi Automatik Melalui WiFi
Chrome Kini Pelayar Web Kedua Popular Di Dunia, Nombor Satu Di Malaysia
Kaca Mata Google HUD Dalam Pembangunan - Ujian Tertutup Akan Dilakukan Tidak Lama Lagi?
Google Memilih Samsung Untuk Mengeluarkan Peranti Nexus Generasi Baru?

4 Komen

  1. Anzur Anuar pada 14 Apr 2011

    terbaik!!

  2. aizat pada 14 Apr 2011

    mudah dan pantas!

  3. akubiomed pada 14 Apr 2011

    Sangat berguna ketika mengunakan Twitter

  4. RIS-FAMILI pada 14 Apr 2011

    aku pengguna tetap goo.gl ni. dah tak pakai yang lain.
    contohnya yang ni —-> http://goo.gl/7xJy


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader