01Apr

Google Memperkenalkan Jawatan Google Autocompleter

Google

Selain GMail Motion, Google meneruskan lawak April Fool mereka dengan memperkatakan yang mana mereka sedang mencari pekerja untuk jawatan Google Autocompleter, yang mana bertugas untuk menyediakan pelbagai cadangan pada Google Search ketika pengguna mula menaip.

Bagi yang benar-benar tertanya-tanya, sebenarnya bukanlah manusia yang menyediakan cadangan-cadangan tersebut. Namun ianya sesuatu yang menarik untuk Google memperlihatkan sesuatu yang kelakar disebalik teknologi mereka.

Jadi, sekiranya anda menghafal setiap lagu dan lirik, nama-nama setiap filem, watak-watak dan artis, membaca pelbagai jenis buku, dan memang amat pandai mengeja, anda patut memohon untuk jawatan Google Autocompleter.


Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan
Blogger Stats Kini Boleh Di Akses Semua Pengguna
Infografik : Laman Sosial Facebook Dan Google+
Google Maps Kini Memperlihatkan Perjalanan Dalam Bentuk Animasi 3D
YouTube Slam Membolehkan Anda Mengundi Video Kegemaran Anda

3 Komen

  1. syafiq pada 01 Apr 2011

    kalau ada la berapa ramai la dia nak kene guna :D

  2. fadzioriq pada 01 Apr 2011

    fuh susah wooo keje camnih~mampuih nk igt macam2~hahaha

  3. kaizendeen pada 01 Apr 2011

    kalau dia tawarkan kerje ni,x sangup aku..pening kepala,x balik umah la jawapnya


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader