17Apr

Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google

Google

Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama. Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.

Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.

Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut. Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger.

Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google. Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya.


HotFM Menjadi Antara Jenama Yang Terawal Menyertai Google+
Ulasan : Aplikasi Google Music Beta Pada Android
Google Wallet Bakal Dilancarkan Esok?
YouTube Akan Menyiarkan Ibadah Haji Langsung Dari Mekah
Chrome Web Store Versi Tempatan Bakal Dilancarkan Oleh Google

60 Komen

  1. Hisyam pada 17 Apr 2011

    Bertukarlah ke Google, banyak manfaat yang akan diperolehi nanti.

  2. saya_aRief pada 17 Apr 2011

    ramai jugak rasenye yang tak gune akaun google.

  3. Ahmad Fikrizaman pada 17 Apr 2011

    bahaya nih…

  4. Dauspozi pada 17 Apr 2011

    SELAMAT! aku tak guna email selain dari Google… keh3

  5. Piratz pada 18 Apr 2011

    Pakai WordPress Self Host jerk.. hahahaha

  6. j_veen pada 18 Apr 2011

    Google Video pun akan dihentikan pada 13 Mei..sbab dah beli YouTube…

  7. kyo_9 pada 18 Apr 2011

    mak aih.. biar betik nih?!
    leceh giler nk tukar..
    selama nih dok pakai yahoo mail jer..
    cam malas plak nk ada banyak akaun mail..

  8. kreuger pada 18 Apr 2011

    berita yang sabgat bagus.

  9. wazy pada 18 Apr 2011

    Aku pun guna email dari google
    hehehe

  10. Maya Wahida pada 18 Apr 2011

    Bila benda free kenalah ikut apa saja kemahuan supliernya… bukan rumit pun, just tukar

  11. E-One Network pada 18 Apr 2011

    Nasib baik aku pakai akaun google, senang nak handle blog dan email sekali :)
    hehehe

  12. zafira pada 18 Apr 2011

    hoho. sebab dulu google pernah beri notice kan? tu guna akaun google. tak suka banyak mail account sebenarnya tapi terpaksa, haha. so, guna jelah. :p

  13. suffer8zine pada 18 Apr 2011

    adoiii sakit la cm ni

  14. zik pada 18 Apr 2011

    erm.. kena bertindak awallah…. masih ada masa kepada mereka yang takda gmail account..

  15. Obefiend pada 18 Apr 2011

    seb baik dari hari pertama pakai akaun google

  16. nizamghazi pada 18 Apr 2011

    bila login guna emel gmail dlm youtube xleh..nape ye

  17. MuJE pada 18 Apr 2011

    babai forever Yahoo… haha

  18. Kujie pada 18 Apr 2011

    nak share kat blog ye Amanz – pembaca blog kak jie mesti diberitahu ni

  19. beliamuda pada 18 Apr 2011

    tak rugi pun beralih ke akaun Google.

  20. xaviersire pada 18 Apr 2011

    huuuihh..ni macam xnak pecaya ja..kenapa dia wat camtu?but,tkut khabar angin ar jgak..mcm dlu kecoh kejap pasal facebook nak kena tutup bulan mac..skarang ada je lagi..

  21. fitri pada 18 Apr 2011

    alhamdulillah..da buat akaun google utk email kat blog self host

  22. akubiomed pada 18 Apr 2011

    Adakah tindakan Google ada kaitan dengan Yahoo mula memindahkan data penggunanya kepada perkhidmatan Bing beransur-ansur?

  23. zool pada 18 Apr 2011

    ada blog guna yahoo.
    kena tukaulah lepas ni

  24. cik dara pada 18 Apr 2011

    nasib baik mmg pakai google..huh! *kesat peluh fake*

  25. iza pada 18 Apr 2011

    Assalam..
    Alamak…
    gmail ada ,yahoo pun ada tp jarang guna gmail…

  26. tarmizishukri pada 18 Apr 2011

    Berpindahla ke wp self hosted :)

  27. suffer8zine pada 18 Apr 2011

    “So if you have a Blogger account and haven’t logged in since 2007, you will lose access to the account and associated content permanently unless you update to the Google Account system before June 25th. ” die x cakap nak delete blog yang menggunakan email selain gmail kan?dan pengguna blog yang login menggunakan email selain google tidak akan didelete kan?

    sila lihat :
    http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html

    • Aman pada 18 Apr 2011

      Google Account <— rujuk yang tue.

      • GreenLava pada 18 Apr 2011

        Google Account tidak sinonim dengan Gmail. Google account yang dibuat menggunakan Yahoo mail masih lagi dianggap Google account yang sah.

    • Pisyek pada 18 Apr 2011

      playsafe, tukar. hehehehe.. :D

      • BabyIntan pada 18 Apr 2011

        Betul tu, setuju…better play safe than tetiba ‘hilang’ mcm tu je blog…huu huu.

  28. ekspresiruang pada 18 Apr 2011

    mujurlah saya awal2 start berblog ni dah guna akaun Gmail :)

  29. shamizu pada 18 Apr 2011

    saya pun nasib baik guna akaun google. Rasanya ada 4. 2 tak aktif. Sampai keliru banyak sangat. tak guna pun. Guna yahoo mail saja

  30. BabyIntan pada 18 Apr 2011

    Salam kenal amanz :)

    Series terkejut baca ur n3 nie…anyway thanks for sharing ye. Intan minta izin share this article in my blog…TQ so much!!!

    *Saya dah tukar ke Gmail account tadi!!!*

    Ini link nya: http://www.babyintan.com/2011/04/alert-google-akan-memadam-semua.html

  31. Lord Zara pada 18 Apr 2011

    Mula2 aku ingatkan hoax je.
    Lepas baca dari blog Kak Jie dan kamu dan baca link yang kamu sediakan, baru angguk2 faham. Lucky aku memang guna Gmail sebagai cara akses dari dulu~
    :)

  32. qwen pada 18 Apr 2011

    pas nie pakat2 la tukar ke google..selamat bertukarrr!!

  33. rakyat pada 18 Apr 2011

    nasib baik dah “terguna” akaun google..kalo tidak..hmm..dah satu hal lagi nak kna buat semula..yang mana dah terlajak tu terpaksa la..huhu..

  34. acapz pada 18 Apr 2011

    blog lme biar je la google buang. haha

  35. decrewz pada 18 Apr 2011

    Dari kecil sampailah ke besar, x pernah lagi memadukan nuffnang..he3

  36. adamoyu pada 18 Apr 2011

    mintak kebenaran tuan empunya blog untuk meng’copy’ artikel ini untuk dikongsi bersama. saya akan link kan ke blog ni. jika tuan tidak membenarkn, tolong maklumkn kepada saya untuk saya delete.

    terima kasih :)

  37. sapa ntah pada 19 Apr 2011

    That message only applies to a tiny fraction of users who haven’t logged in to Blogger since 2007. If you’ve logged in to Blogger at least one time since 2007, you won’t be affected and can disregard this message.

  38. Abot pada 19 Apr 2011

    Hoyy , mati aku. Nanti blog aku pupus!

  39. Muhammad Asyraf pada 19 Apr 2011

    perghhh ! susah la gini . semua orang yang kita follow guna email lama hilang lah ?

  40. anastasyea pada 19 Apr 2011

    Setakat nie .. saya memang guna gmail dan beli domain kat Google Apps. :D

  41. daus pada 19 Apr 2011

    bila baca balik dekat blog blogger (blogger buzz) rasanya tak lengkap penerangan hang ni.. Cuba try cek balik

    ni boleh timbulkan kekeliruan

  42. Syed pada 20 Apr 2011

    aman, mohon share artikel ni eh kt blog aku..tq..

  43. Farid Zenon pada 23 Apr 2011

    Google account + gmail = Google account
    Google account + yahoo mail = Google account
    Jadi daftar Google account bukan email account

  44. shakroil pada 23 Apr 2011

    nasib baik aku dah convert to google!

  45. kotak^magika pada 24 Apr 2011

    tukar jangan x tukar..

  46. najla pada 11 May 2011

    boleh caya ke ? da try tukar gmail the try login balek , jd blog yg baru yg tade ppe . blog yg skunk nih still login yahoo w/pon da tukar setting bagai kpd gmail . ade ppe effect ke ?

  47. dak eina pada 22 May 2011

    berjaya bertukar dh. huhu

  48. sensasi2020 pada 03 Aug 2011

    Semoga tak hilang segala blog yg dibina selama ini. Cepat2 lah update atau apa yg perlu. Nasib baik ambo guna akaun e-mel google..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Notis Dari Google : Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan | Hidup Biar Sedap
  2. Google akan Padam akaun Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google | Denaihati
  3. Sapa Tak Guna Akaun Google Blog Akan Dihapuskan | zzqah.com
  4. Bila google tidak membenarkan blogspot menggunakan akaun lain selain gmail | papan kekunci dot com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader