26Apr

Google Memperkenalkan Instant Previews Untuk Iklan

Google

Setelah memperkenalkan Instant Previews pada enjin carian mereka, yang mana memperlihatkan terlebih dahulu halaman web yang akan dibuka apabila pautan tersebut diklik, kini Google terus memperluaskan penggunaannya, dimana mereka telah pun mengintegrasikannya pada plattform pengiklanan mereka.

Kini dengan adanya fungsi tersebut, para pengguna boleh melihat terlebih dahulu halaman yang akan dibawakan oleh iklan tersebut, sekaligus menjimatkan kedua-dua pihak, samaada pengiklan mahupun pengguna. Bagi pengiklan, mereka boleh menjimatkan kos mereka, dimana para pengguna boleh menjimatkan masa dengan melihat terlebih dahulu web tersebut, dan hanya kliknya apabila menepati citarasa dan carian mereka.

Buat masa ini, ianya hanya diperlihatkan pada hasil carian di laman Google sahaja, namun ianya tidak kelihatan seperti Google akan memperkenalkannya kepada laman web pihak ketiga yang menggunakan Google Adsense.


Google Melancarkan Google Apps Labs
Chrome 10 Membawakan Peningkatan Pada Enjin JavaScript
Blogger Menguji Sokongan Tema Mobile
Google Menambah Koleksi Patung Android - Menyambut Ketibaan Patung Ice Cream Sandwich
YouTube Menguji Butang Mengawal Kelajuan Video Dengan Lebih Meluas

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader