23Apr

Google Menawarkan Fungsi Untuk Memindah Google Video Ke YouTube

Google

Seperti sedia maklum, Google telah pun mengumumkan akan memadam kandungan video pada Google Video tidak lama lagi dan meminta para pengguna untuk memuat-turun dan membuat salinan video mereka sebelum ini. Namun begitu, mungkin kerana permintaan penggunanya, kini Google mengumumkan yang mana mereka tidak akan memadamnya buat masa ini.

Pada masa yang sama, Google sedang dalam usaha untuk memindahkan semua video pada Google Video ke YouTube. Bagi para pengguna Google Video, kini selain daripada fungsi untuk memuat-turun video, kini Google turut sama memperlihatkan fungsi untuk memindahkannya pada YouTube.

Selain daripada itu, Google turut sama memperkatakan yang mana Google Video masih akan memfokuskan dalam membawakan enjin carian video yang terbaik, disamping YouTube akan menjadi hos video utama milik Google.


Google Memaparkan Amaran Tsunami Pada Halaman Utama
Selamat Ulang Tahun Ketiga, Chrome
Aura Membawakan Sokongan Prestasi Yang Lebih Baik Kepada Chrome
Android Market Kini Mempunyai Lebih Daripada 400,000 Aplikasi
Lebih 250 Juta Peranti Android Diaktifkan - Angka Muat-Turun Aplikasi Melangkaui 11 Billion

2 Komen

  1. shakroil pada 24 Apr 2011

    bagus la cam ni! senang sikit kalau pengguna google videos dulu nak transfer video ke youtue tanpa perlu upload semula

  2. beliamuda pada 24 Apr 2011

    Memang lagi bagus kalau boleh transfer terus. Tak yah susah2 nak ulang proses muat naik tu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader