21Apr

Halaman Twitter Baru Diperkenalkan Untuk Semua

Web 2.0

Setelah menghadapi sedikit masalah ketika memperkenalkan halaman utama baru Twitter sebelum ini, kini nampaknya Twitter telah mengatasi perkara tersebut, dan memperkenalkannya kepada semua pengguna bermula semalam.

Mungkin bukan semua dapat melihatnya buat masa ini, dan akan mengambil masa beberapa hari untuk semua pengguna Twitter melihatnya. Melalui halaman baru Twitter ini, ianya lebih memfokuskan kepada carian, selain mengajak para pengguna untuk mengikuti minat mereka melalui Twitter.

Pendaftaran juga diperlihatkan pada halaman utama, serta kotak dialog untuk log masuk dibahagian atas halaman. Ianya kelihatan lebih ringkas dan menarik berbanding sebelumnya. Sebelum ini, Twitter telah pun memperkenalkan topik terhangat kepada para pengguna tempatan, dan mungkin beberapa perkara menarik lagi akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.


MIMOS Mula Menguji WiWi (WiMax + WiFi)
Aper.MY - Laman Sosial Terkini Di Malaysia
Lebih 170,000 Blog Kini Berdaftar Dibawah Nuffnang
FourSquare, Gowalla Dan Amazon Turut Diintegrasikan Pada Twitter
Belajar Pengaturcaraan Dengan Mudah Dan Interaktif Melalui Codecademy

5 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 21 Apr 2011

    Simple homepage, but power…

  2. Omar pada 21 Apr 2011

    dengan pantas amanz menyebarkan info ini..

    oo.. bukan semua, patut la bila aku tweet pasal interface baru ni, ada yang DM pelik-pelik..

  3. ekspresiruang pada 21 Apr 2011

    simple je website yg power2

  4. Orang Akaun pada 21 Apr 2011

    lot cooler..lot better..

  5. Wan Perlis pada 21 Apr 2011

    mmg terbaek


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader