Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, ketika pelancaran iPhone 4, Celcom memperkatakan yang mana para pengguna telefon pintar tempatan di Malaysia hampir mencapai 20%, dan memperlihatkan yang mana lebih daripada 80% pengguna masih lagi menggunakan telefon biasa, serta pasaran telefon pintar masih lagi mempunyai potensi untuk pergi jauh.
Akhir-akhir ini, hampir setiap penyedia telekomunikasi tempatan menawarkan telefon pintar bersama-sama dengan pakej panggilan dan data daripada mereka. Antara telefon pintar yang popular di Malaysia, termasuklah yang menggunakan iOS, Android, BlackBerry dan Symbian, serta Windows Phone yang semakin meningkat naik popularitinya.
Nampaknya, kini dengan makin ramai aktif menggunakan pelbagai aplikasi web, seperti Twitter dan Facebook, serta emel, penggunaan telefon pintar mungkin meningkat dalam bulan-bulan akan datang nanti.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kena pandai amik peluang ni hihi
bkan sume org mampu bli smartphone
menarik. namun masih sayang untuk mengeluarkan duit bagi menggantikan phone yang lama. huhuhu
aku tak termasuk dlm golongan 20% ni!
Kalau ada pakej yang menarik untuk smartphone, mungkin lagi ramai yang akan guna. Tapi, kalau guna saja, tapi kurang tahu, payah juga nanti…