Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, HTC Malaysia telah pun melancarkan tablet pertama mereka, iaitu HTC Flyer yang mana membawakan Android 2.3 yang telah diubah-suai dengan HTC Sense untuk tablet. Menurut pihak mereka, HTC Flyer akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula daripada 12 Mei ini kelak dengan harga cuma RM2499.
Selain daripada itu, HTC Flyer juga turut akan ditawarkan oleh Maxis tidak lama lagi dengan harga subsidi. Buat masa ini, harga peranti termasuk pakej Maxis masih lagi belum diumumkan lagi, dan ianya diperkatakan yang mana Maxis akan menawarkannya pada harga RM199. Namun begitu, harga tersebut tidak diketahui dengan kontrak dan pelan apa buat masa ini.
HTC Flyer membawakan cip pemprosesan 1.5GHz dengan Android 2.3 Gingerbread, serta skrin seluas 7-inch bersama resolusi 1024×600.
Maxis customers will be soon be able to purchase the htc flyer from rm199. More deets on 12May #MaxisHTC
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
humangai… mahalnya…
tu la. mahal sgt. baik tunggu iPad2 je. huhu
gila mahai… beli ipad la.. haha
Cuba dulu bro buat perbandingan sebelum membuat keputusan. Tablet Flyer ni ada banyak kelebihan nya dan padat dengan teknologi. Boleh buat mereka yang dah beli iPad 2 fikir dua kali
Mahal tapi berbaloi tu
RM199 bro bukan RM1,999. http://www.soyacincau.com/2011/04/15/rm199-for-the-htc-flyer-whats-the-catch-maxis/
dah betulkan. thanks.