12Apr

HTC Flyer Dan Desire S Bakal Dilancarkan Jumaat Ini?

Gajet, Telekomunikasi

Nampaknya, setelah dinantikan sekian lama, Maxis bersama-sama dengan HTC Malaysia akan memperkenalkan kedua-dua peranti yang diumumkan sebelum ini, iaitu HTC Flyer dan juga HTC Desire S pada hari Jumaat ini. Pelan dan pakej untuk kedua-duanya juga turut dijangka akan diumumkan pada hari yang sama oleh Maxis.

Sebelum ini, Maxis telah membuka pendaftaran #Maxis10 untuk kedua-dua peranti tersebut, iaitu salah satu program ulasan peranti yang diperkenalkan oleh Maxis. Buat masa ini, HTC FLyer disahkan akan dilancarkan pada hari Jumaat ini, namun melalui suatu imej khas, ianya turut memperlihatkan yang mana Maxis turut sama akan memperkenalkan Desire S pada hari yang sama.


Poster HTC Flyer & Desire S [via]

Selain daripada kedua-dua peranti ini, RIM juga bakal memperkenalkan BlackBerry PlayBook pada hari yang sama di Malaysia.


Ujian Rangkaian Maxis Bersama Maxis MiFi E5832 Melalui Komuter
Nokia 100 Dan Nokia 101 Menggunakan Series 30 Dilancarkan
Kemaskini Honeycomb Untuk HTC Flyer Mula Tersebar
Samsung Antara Pihak Yang RIM Berbincang Mengenai Penjualan?
Nokia Bakal Memperkenalkan Aplikasi Kamera Baru Dan Pengawal Data Untuk Lumia?

3 Komen

  1. doBot pada 12 Apr 2011

    Pasal apa mereka memilih hari Jumaat ini? Huhuhu…..

  2. Azam pada 13 Apr 2011

    entahnya, pasal apa hari jumaat, aku nak gi jugak..hehe

  3. yanmie pada 25 Apr 2011

    Alamak bestnya HTC Flyer :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader