14Apr

IE10 Tidak Akan Menyokong Windows Vista

Microsoft

Setelah memperkenalkan Internet Explorer 9 yang hanya didatangkan untuk para pengguna Windows Vista dan Windows 7, kini ianya diperkatakan yang mana Internet Explorer 10 kelak tidak lagi akan menyokong Windows Vista, dan hanya akan menumpukan kepada dua sistem operasi yang terbaru sahaja.

Ianya mungkin salah satu strategi daripada Microsoft untuk mengalakkan para pengguna Windows yang pada masa yang sama meminati Internet Explorer untuk mengemaskini sistem mereka, dan menggunakan pelbagai teknologi baru yang didatangkan bersamanya. Buat masa ini, Vista merupakan sistem operasi ketiga paling popular didunia dengan lebih kurang 10% pengguna seluruh dunia menggunakannya.

Sebelum ini, ianya telah diura-ura akan yang mana Internet Explorer 10 kelak akan didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 kelak, dan Microsoft sendiri telah memperkenalkan versi pembangunan pertama Internet Explorer 10 yang mana tidak membawakan sebarang perubahan drastik padanya buat masa ini.


Windows 7 Terjual Lebih 150 Juta Salinan
Windows 8 Akan Menyokong Cip ARM
Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 20,000
Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui 25,000
Windows 8 Pra-Beta Pada Minggu Hadapan?

3 Komen

  1. Iskandar pada 14 Apr 2011

    Haha .. Baguslah. Sbb aku yg pakai Vista ni pun tak mau pakai IE.

    Ada firefox, ada chrome. Buat apa aku nak buang masa dgn IE ?

  2. suffer8zine pada 14 Apr 2011

    den guna win7, ie10 ni ade part2 pada blog yg x complete view, mcm moz border

  3. Wan Perlis pada 14 Apr 2011

    vista 10% ja. haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader