14Apr

IE9 Mobile Beraksi Cemerlang, Menewaskan Pelayar Web Android Dan iOS

Microsoft

Selain membandingkan pelayar web desktop, Microsoft juga hari ini memperlihatkan perbandingan pelayar web mudah-alih, Internet Explorer 9 Mobile pada Windows Phone bersama-sama dengan pelayar web pada Android dan iPhone. Seperti diketahui, pelayar web Microsoft beraksi dengan lebih cemerlang dalam ujian HTML5 yang dilakukan oleh mereka.

Melalui demo tersebut, ianya memperlihatkan yang mana Windows Phone “Mango” memperlihatkan 20 FPS,diikuti dengan Android pada kadar 11 FPS, dan pada tempat terakhir iPhone 4 dengan hanya 2 FPS sahaja. Microsoft sebelum ini telah memperlihatkan pelayar web mudah-alih mereka Internet Explorer 9 Mobile pada bulan Februari yang lepas, dan dijangka akan dilancarkan bersama-sama kemaskini Windows Phone “Mango” kelak.

Perbandingan pelayar web terbina pada peranti mudah-alih ini semestinya akan menimbulkan pelbagai persaingan sihat, dan mungkin kita akan dapat melihat respon daripada para pembangun pelayar web mudah-alih, ataupun daripada pembangun Android dan iOS sendiri tidak lama lagi.


Microsoft Sahkan Windows 7 Di Lepaskan Tahun Ini
Opera Mini 5 Beta Menyokong Fungsi Tab
Ikon Awal "Aero Lite" Untuk Windows 8 Mula Kelihatan
Microsoft Malaysia : Peranti Mango Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Facebook Timeline Tidak Menyokong Internet Explorer 7

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 14 Apr 2011

    agak2nya bila nk dilancarkan kat Malaysia eh?

  2. Zahari pada 14 Apr 2011

    Hahaha… test pada site yang Microsoft reka sendiri, dan demo oleh Microsoft. no wonder, nak menang jugak tu

  3. mancai pada 14 Apr 2011

    huhuu memang versi ie ni, microsoft nak mendapatkan balik kepercayaan orang semula…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader