21Apr

iOS 4 Menyimpan Data Lokasi Para Penggunanya?

Apple, Sekuriti

Kini, ianya dilaporkan salah satu fungsi pada iOS 4 yang sedikit membimbangkan yang ditemui oleh dua orang pengkaji, dimana melalui fungsi tersebut, lokasi anda direkodkan, bersama-sama data masa, dan disimpan pada peranti iOS 4 anda. Data tersebut boleh diakses melalui nama fail consolidated.db dan boleh dibaca melalui suatu aplikasi khas.

Sebuah aplikasi khas untuk Mac OS X telah pun diperkenalkan, iaitu iPhoneTracker, dimana melaluinya ianya akan memperlihatkan data tersebut dalam bentuk imej yang menarik dan mudah difahami.

Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana tiada sebarang bahaya yang dibawakan dengan menyimpan data tersebut, kerana pihak ketiga tidak mempunyai akses kepada data tersebut. Namun begitu, ianya masih menjadi tanda tanya mengapakah Apple tidak mengumumkan perkara tersebut kepada umum, dan mengapa ianya disimpan dan akan digunakan oleh Apple masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Terima kasih @Aeropama untuk tips.


Mac App Store Akan Di Lancarkan Pada 13 Disember?
Apple Mencadangkan Kad-SIM Yang Lebih Kecil Dari Mikro-SIM
Apple Sedang Membangunkan iPhone 4 Versi 8GB
Konsep Multi-Tasking Pada iOS Diperlihatkan Oleh Pembangun
Aplikasi Ubuntu One Files Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPhone

6 Komen

  1. afiq aiman pada 21 Apr 2011

    agenda apakah ini wahai steve jobs?

  2. finalcross pada 21 Apr 2011

    kebetulan atau dirancang?

  3. Omar pada 21 Apr 2011

    dirancang ni.. lagi senang FBI/CIA/ dan segala macam agensi 3 huruf untuk track pengganas…haha

  4. firdee pada 21 Apr 2011

    setiap ape yg dibuat mst ade sebab…

  5. Budak lagi pada 21 Apr 2011

    kalau boleh buang fail tu kita buang je…kalau x de effect pada iphone kita..hehe

  6. mieka pada 06 Jun 2011

    ni utk track dimana iphone anda berada, skrg apps tu dah free for use. btw boleh disalahgunakan sbb boleh track isteri dimana atau lain2(sokongan pelbagai peranti dlm satu akaun)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader