Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang dinantikan, hari ini Celcom secara rasminya akan melancarkan pelan dan pakej khas untuk Apple iPhone 4 mereka, yang mana diperkatakan lebih ditujukan kepada pengguna perniagaan (enterprise). Bersama-sama dengan pakej Celcom, harga iPhone 32GB boleh didapati pada kadar serendah RM538 dan 16GB pada harga serendah RM248.

Buat masa ini, tempat-tempat yang akan menjual iPhone 4 di Malaysia melalui Celcom masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, namun sempena dengan pelancaran, untuk hari ini sahaja Celcom menawarkan pakej beli satu percuma satu.

Berkaitan dengan pakej, untuk komitmen bulanan RM98, para pengguna boleh mendapatkan iPhone 16GB pada harga RM1438 (12 bulan), RM1148 (24 bulan), iPhone 4 32GB pada harga RM1738 (12 bulan), RM1448 (24 bulan). Selain daripada itu, Celcom turut menawarkan pakej komitmen bulanan RM148 dan juga RM248, dimana masing-masing membawakan harga iPhone 4 pada kadar yang lebih murah lagi.
Maklumat lanjut dengan pakej akan dikemaskini sebaik sahaja kami mendapat maklumat penuh berkaitan dengannya.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Nice price, kan bagus kalau dari dulu lagi Celcom bawa masuk iphone..
Boleh tahan la harga ni
Tak sia-sia memilih dengan pakej Celcom
ceh hampeh aku br beralih dr celcom ke digi.kalau promoter tahu psl ni mesti dia ckp bang jgn tukar kite ade iphone xlama lg.nak stratgy pON agak² ar der
Pergh pakej terbaek la dri celcom. Bwa msuk bnyk lgi phone
pakej ni macam affordable, tp better tunggu iPhone5
Kalau Iphone5 keluar, nanti kita tunggu Iphone6 pula. Hehe.
kalau iphone 6 plak kluar.. better tnggu iphone 7 pula. hehe. so klau dh ade duit tak pyahs beli x yah tnggu2,beli terus jer.. kehkehkeh..
alamak typo.. XD
then tunggu iphone8 pulak.. ahaks!!
belum sempat iphone 8 kuar..org dh x guna smartphone
wahhh makin murah ni
nak murah beli iphone pada harga rm538, tapi terikat smpi 24 bulan utk bayaran bulana rm248. lowest package is 98 kot sebulan
hutang buat apa
Tu lah..kalau 248 x 24 bulan dh jadi RM5952, + RM538 =RM 6490..nak bodoh pun biar bertempat la kan..Apple KL kan dh ade jual..Pi la beli kat sana..
utk enterprise kan..kalau user biasa mcm kawan ni?kalau gitu suruh office beli ah.BUY GET 1 MAA!!
cam menarik je.. tapi nk tnya korang la… agak blurr ni… ni pakej UNLIMITED INTERNET or not eh… kalo unlimited mmg berbaloi la…
cam menarik…dah beli mahal2 kena guna sepenuhnya..kalau tak rugi
tak faham… ting tong la… mcm installment kereta ke?? tak yah utang2 tak leh ke, byr zasss terus 2k and terus dpt guna, serve tenet etc… tak yah pikir bulan2 nak bayo???
smlm pergi mall.. saya confius ngan jurujual tu………… ok, boleh tak nak taw step2 nak dapat kan iphone 4 nie…camne dgn pembayaran deposit pendaftaran????
berminat la…deposit kena byr berapa ye?