Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya Celcom bakal melancarkan iPhone 4 di Malaysia lebih pantas daripada apa yang dijangkakan sebelum ini, iaitu pada hari Jumaat ini. Dan menariknya adalah dimana Celcom bukan sahaja akan melancarkan iPhone 4 sahaja, malah bersama-sama beberapa peranti yang lain, termasuk satu tablet.

Melalui jemputan yang dihantar oleh Celcom untuk majlis pelancaran hari Jumaat ini, beberapa peranti diperlihatkan, termasuk LG Optimus 2X yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia, termasuk sebuah tablet yang dijangkakan sebagai Samsung Galaxy Tab.
Harga dan pakej untuk iPhone 4 dan beberapa perkara lain dijangka akan diumumkan pada hari Jumaat ini, dan menariknya, Celcom turut sama memperkatakan yang mana mereka bakal memperlihatkan sebuah teknologi baru pada hari tersebut. Sama-sama nantikan perkembangan berkaitan dengannya.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Plan iphone4 celcom dah keluar?
samsung galaxy tab tu kalau affordable dan murah pakejnya berbanding iPad, igt nk beli 1
wah cam mane nk dapat jemputan dari celcom ek