20Apr

iPhone 5 Akan Mulakan Pengeluaran Pada Julai, Jual Bermula September?

Apple

Menurut beberapa sumber dan laporan, ianya diperkatakan yang mana Apple akan mulakan pengeluaran iPhone generasi baru mereka bermula bulan Julai ini, dan produk akhirnya, iaitu iPhone 5 berkemungkinan besar akan mula dijual bermula daripada bulan September tahun ini kelak.

Tambahan lagi, ianya diperkatakan yang mana iPhone 5 akan membawakan processor yang lebih pantas lagi, serta akan membawakan rekabentuk yang lebih kurang serupa seperti iPhone 4. Spesifikasi dan pelbagai fungsi baru yang bakal dibawakan iPhone 5 masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Apple masih tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara ini, dan ianya masih lagi tidak diketahui perancangan Apple untuk iPhone generasi akan datang mereka itu.


Sony Akan Menyediakan Teknologi Kamera Untuk iPhone 5?
iPhone 5 Akan Membawakan Skrin Dengan Kaca Lengkung?
iOS5 Bakal Mengintegrasikan Perkongsian Gambar Ke Twitter?
Lagi Laporan Mengatakan Pelancaran iPhone 5 Oktober Ini
Sah : iPad 3 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan - 8 Mac

4 Komen

  1. aiez pada 20 Apr 2011

    terbaik…

  2. aizuddin pada 20 Apr 2011

    maxis 10 bulan bape leh apply? :p

  3. matjoe pada 20 Apr 2011

    awalnya keluar. mcm baru jer 4 keluar

  4. khydir pada 20 Apr 2011

    mcm x caya je :p


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader