16Apr

Kandungan Video Pada Google Video Akan Di Padam Pada 13 Mei

Google

Setelah menghentikan fungsi muat-naik video pada Google Video pada 2009 yang lepas, kini Google telah pun mengumumkan yang mana mereka akan membuang semua kandungan video yang dimuat-naik oleh para pengguna pada Google Video pada 13 Mei kelak. Buat masa ini, Google mencadangkan untuk para pengguna memuat-naik kandungan video mereka ke laman YouTube.

Bermula daripada 29 April kelak, para pengguna tidak lagi boleh menonton video yang dihoskan pada Google Video, namun para pengguna boleh memuat-turun video tersebut untuk dimuat-naik pada perkhidmatan yang lain. Google memberikan masa sehingga 13 Mei untuk para pengguna memuat-turun video masing-masing, dan selepas itu ianya tidak lagi boleh diakses, dan akan dipadam sepenuhnya.

Google memperkatakan yang mana perubahan ini adalah salah satu usaha untuk memfokuskan tumpuan mereka dalam membangunkan enjin carian video yang mengindex semua video daripada pelbagai laman video di web ini.


Pelayar Web Rasmi Google Pack Kini Adalah Chrome
Google Chrome 2.0.164.0 Menemui Para Pembangun
Contacts Pada GMail Diberi Nafas Baru
Chrome 10 Kini Lebih Pantas, Ringkas Dan Selamat
Google Mematikan Google Buzz Dan Beberapa Produk Lain

1 Komen

  1. Farid Zenon pada 16 Apr 2011

    Semua Googler tahu yang Google punya selonggok product yang “pending progress development” beb, produk berdasarkan web dalam 5 tahun punya la banya perubahan kawan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader