14Apr

Kemaskini Windows Phone “Mango” Pada Penghujung Tahun Ini

Microsoft

Salah satu perkara yang mengembirakan para pengguna Windows Phone, dimana hari ini Microsoft telah pun mengumumkan yang mana versi kemaskini Windows Phone yang berikutnya, yang dipanggil sebagai nama kod Windows Phone “Mango” akan dilepaskan pada penghujung tahun ini.

Melalui kemaskini Windows Phone itu kelak, pelbagai fungsi baru akan diperkenalkan, termasuk sokongan multi-tasking yang lebih bagus lagi, serta sokongan audio secara latar, serta sokongan penghantaran fail. Pelayar web yang lebih pantas juga akan diperkenalkan padanya, selain mana salah satu sokongan untuk mengenal-pasti gerakan (motion sensor) menggunakan kamera telefon akan diperkenalkan. Aplikasi Twitter juga turut sama akan diintegrasikan dengan menyeluruh pada Windows Phone (People Hub), selain turut membawakan sokongan hardware-accelerated pada pelayar web.


Tool Untuk Windows Phone Developer Pada Bulan Hadapan [via]

Buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih lagi tidak diketahui. Microsoft pada masa yang sama turut memperkatakan yang mana mereka akan melancarkan aplikasi untuk membangunkan app Windows Phone akan diperkenalkan kepada para pembangun seawal bulan Mei ini.


Office.com Kini Menjadi Milik Microsoft
Kemanakah Hilangnya Office 13?
Maxis Mulakan Pendaftaran Minat Untuk HTC HD7
Tiada Perantian Windows Phone Dari Nokia Sebelum Oktober
Nokia Lumia 800 Dan 710 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader