19Apr

Kerajaan Bakal Memperkenalkan Portal Web Sosial?

Web 2.0

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berkenaan dengan salah satu perkhidmatan web baru daripada kerajaan, yang mana salah satu perkhidmatan yang bakal disediakan adalah termasuk perkhidmatan emel 1Malaysia kepada para pengguna tempatan berumur 18 tahun ke atas.

Selain daripada itu, portal web yang merangkumi pelbagai perkara itu juga kelak akan turut sama mengintegrasikan perkhidmatan rangkaian sosial, kebolehan untuk membayar bil, serta pelbagai aplikasi lain yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan.

Ianya diperkatakan segala data yang disimpan dan dihantar adalah selamat, dan akan menjadi salah satu medium interaksi antara kerajaan dan juga rakyat dengan mudah.

Perkhidmatan ini akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad. Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman dibuat pada laman Tricubes, dan hanya memperlihatkan berita pada tahun 2008 yang lepas sahaja, tanpa sebarang kemaskini daripada tarikh tersebut.

Kemaskini : Ianya dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Julai, dan Tricubes akan membangunkannya dengan kerjasama daripada pihak Microsoft.


MentariCSS 3.0 Alpha Sedia Di Gunakan
Facebook Credit Menyokong Malaysia Bermula 1 Julai
Twitter Mengambil-Alih BagCheck
Twitter Memudahkan Para Pemilik Web Mengukur Trafik Dari Twitter Melalui Twitter Web Analytics
Pinspire Membawakan Fungsi Seumpama Pinterest Kepada Pengguna Malaysia

31 Komen

  1. TeratoMan pada 19 Apr 2011

    Menarik tentang Tricubes:

    http://www.bursamalaysia.com/website/bm/listed_companies/list_of_companies/gn3_companies.html

    Sekarang dapat RM50 juta, woohoo!

  2. Ahmad Fikrizaman pada 19 Apr 2011

    jangan jadi epic phailed 1malaysia.com.. Kena hack..

    • mosyar pada 19 Apr 2011

      hahaha. mungkin prestasi akan dipertingkatkan. hehe.

      was2 ” segala data yang disimpan dan dihantar adalah selamat ” – ntah akan dipergunakan utk suatu tujuan tertentu. hehe.

      • faiz pada 19 Apr 2011

        skeptik gak ni..haha

      • beburung pada 19 Apr 2011

        rasa2 tak perlu skeptikal pun. setiap rakyat malaysia masing2 ada IC, dh lama gomen boleh track aktiviti korang.

        tu belum kira yg pernah buat loan bank atau mendaftar dalam daftar pemilih. dah lama 3rd party ada maklumat korang semua.

        unless korang semua langsung tak pernah mendaftar hatta surat kelahiran korang pun, now we’re talking.

    • Omar pada 19 Apr 2011

      haha.. mungkin kali ini entah berapa banyak fail-safe server ngan firewall diorang pasang. kalau kena dengan hacker dari “seberang” tak memasal je..

  3. Affan pada 19 Apr 2011

    ni mesti jadi sasaran hacker nak dapat data ni. hati2 je lah

  4. Ahmad Fikrizaman pada 19 Apr 2011

    kalau ada yang terasa jangan marah.. aku memang cakap lepas.. ps2 tertekan enter, tak boleh nak delete dah… mintak maaf yer..

  5. chidori pada 19 Apr 2011

    ahaha.. camner ler rupernyer..

  6. kohping pada 19 Apr 2011

    ohhh tidaaaaakkkk…………

  7. ekspresiruang pada 19 Apr 2011

    jgn emel tu dijadikan tempat memantau secara diam2 utk kepentingan politik dah le. huhu

  8. kulat pada 19 Apr 2011

    aku tak terasa nak join pun…sbb terlalu byk konfliks skrg nih..mcm2 leh jadi…

  9. Omar pada 19 Apr 2011

    bagus ni. so setiap orang boleh keep track each other. cuma privacy la kena jaga.

  10. Irwan pada 19 Apr 2011

    mesti kat footer web tu ada tulis ni “Sesuai dipapar menggunakan browser…..” :)

    • Lol pada 22 Apr 2011

      … Internet Explorer.. hihi. Jenis gov buat web ikut dan je. Outdate stylesheet n bullshit javascript

      • Taufik Mansor pada 26 Apr 2011

        tengok la sape designer dan webmasternye…. sabo jer la… :D

  11. Iskandar pada 19 Apr 2011

    Najib kata ini email rasmi utk rakyat Malaysia.

    Esok2 bila kena saman, polis tanya — Apa email you? Kita email saman ke situ.

    Canggih sungguh!

    • man22 pada 19 Apr 2011

      tak juga…kalau nak buat…kerajaan dah buat guna email yahoo pun boleh…

      • Iskandar pada 20 Apr 2011

        Memang boleh pakai yahoomail, tapi kalau email setiap orang ni standard dan tak boleh ubah
        macam IC, implementation akan jadi jauh lebih mudah.

        Taip IC, terus keluar email address rasmi. Tak perlu nak update email address etc

  12. Budak lagi pada 19 Apr 2011

    syarikat yg nak bankrup kot…dh lama tak dapat projek..kerajaan kesian bagilah…bukan nk cari..bodek je

  13. Wizurai pada 19 Apr 2011

    sekurang²nya dia ‘terel’ amik peluang…
    hantar proposal, dapat duit….
    lebih² lagi ada kaitan 1Malaysia… email 1Malaysia…

  14. wazy pada 19 Apr 2011

    owhh
    agak-agak portal tu best tak ?
    boleh lawan facebook erk

  15. syahrilhafiz pada 19 Apr 2011

    alamak awat M$ je memanjang. tapi tak pe lah
    kita tengok saja portal itu! ngeh2

  16. izhanjafry pada 19 Apr 2011

    1malaysia.com guna script system socialengine. cube check kat http://www.socialengine.net.. baru jer daftar td.. sblm ni de kene hacked ek? hehe.

  17. manz pada 20 Apr 2011

    Tgk footer website tricubes
    Copyright © 2010Tricubes Berhad (623442-M) All rights reserved.

    Website sendiri tak terjaga.

    • oBama pada 23 Apr 2011

      Dem, what’s new from 2008???what the heck

  18. mr.s pada 20 Apr 2011

    Projek ni agak berpolitik sedikit…

    Klik sini

    http://milosuam.blogspot.com/2011/04/projek-rm50-juta-email-1-malaysia-untuk.html

    *p/s: klau amanz x suka bleh remove komen ni.. =)

  19. techtikus pada 20 Apr 2011

    Lepas ni boleh melepak dekat social network baru pulak woohoo! Ada yang nk emulate Mark Zuckerberg da ni, kalau berjaya boleh buat movie plak lepas tu hehe.

  20. ejam pada 20 Apr 2011

    aku harap2 sgt projek ni dibatalkan sepenuhnya kerana byk yg buruk dari baiknya…
    jimat2 kan ler belanja duit negara skrg ni, gunakan sebaik mungkin utk rakyat bukan utk kroni yer…

  21. lutfi azhar pada 22 Apr 2011

    50million? such a waste.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Emel 1Malaysia, Sambut Atau Kite Bakor Je? | lomotech

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader