04Apr

Larry Page Memulakan Tugas Sebagai CEO Google

Google

Bermula daripada hari ini, Eric Schmidt yang menjadi CEO sehingga kini digantikan dengan Larry Page sebagai CEO untuk salah satu syarikat web paling popular didunia, iaitu Google. Sebelum ini, Eric Schmidt telah menjadi CEO selama lebih 10 tahun, iaitu bermula daripada tahun 2001.

Selama ini, Google telah menjadi salah satu syarikat internet yang amat berjaya, dan kini Eric Schmidt telah memperkatakan kepada media, yang mana Google dibawah Larry kelak akan menjadi lebih menarik lagi.

Google sehingga beberapa tahun yang lalu hanyalah menumpukan kepada enjin carian, serta beberapa perkhidmatan web yang lain sebelum memulakan beberapa trend baru dibawah syarikat mereka. Kini, Google bukan sahaja syarikat enjin carian terkemuka, sebaliknya turut menceburi bidang robotik, platform mudah-alih Android, sistem operasi Chrome OS, pelayar web Chrome, membangunkan jalur-lebar, serta turut sama menceburi industri automotif dan GPS.

Memandangkan kini lebih menumpukan perhatian kepada perkara-perkara teknikal, Larry Page amat sesuai sekali. Selain daripada itu, Eric Schmidt masih akan kekal dalam Google sebagai Ketua Eksekutif, dan memfokuskan kepada perhubungan luar dan juga kerjasama.


Google Bakal Memasukkan Iklan Ke Dalam Friend Connect
Google Menamatkan Beberapa Produk Termasuk Google Pack Dan Desktop
Google+ Menambah Fungsi Sokongan Efek Pada Video Hangout
Google Presentations Kini Membawakan Sokongan Perbincangan Masa-Nyata
Google Sedang Membangunkan Chrome Versi Metro Untuk Windows 8

9 Komen

  1. Razak Muhaimin pada 04 Apr 2011

    Mari kita lihat pembaharuan yang akan dilakukan oleh Google selepas dikendalikan oleh Larry Page. Semoga terus menjadi penyedia servis enjin carian nombor 1 di dunia.

  2. suffer8zine pada 04 Apr 2011

    agak2 berapa gaji die

    • fadil pada 05 Apr 2011

      msti sbulan ratus ribu 2…

  3. aimannajmy pada 05 Apr 2011

    skang ni nak cari apa2 mesti cari kat google.. ayat standard.. ” eh ko tak google ke cari maklumat pasal bla bla..” ,
    “google je nak cari pe2 pun”..,

    kalo ayat cam bawah ni cam pelik je..
    “eh ko tak yahoo ke cari bla.. bla” tak pun
    “eh ko tak bing ke cari bla..bla..”

    Search engine = google…dah jadi macam “maggie” huhu.. walaupun ianya mee kering orang tetap dok panggil maggie

    • anazhd pada 05 Apr 2011

      betul ;) .. BTW, x tau ke Google <– dah masuk dlm kamus ;)

  4. ekspresiruang pada 05 Apr 2011

    strategi yg bgs oleh google. diorang gunakan org yg dh berpengalaman dan arif psl selok belok syarikat google utk mentadbir syarikat. diorang xberani nk ambil risiko utk guna kepakaran luar yg ada idea sendiri tp tiada budaya google utk gantikan schmidt. good move!

  5. saypocek pada 05 Apr 2011

    haaaa.
    Betul2 aimannajmy,kat tenpat aku keje ni lgi best..
    Bile aku bg fakta diaorang mesti tak percaye…diaorang kate ”tak masuk tv @ surat khabar pun…
    Yg paling best…..”aku ckp kat diaorang”…tak percaye pi lah ”GOOGLe”
    Siap tergange lgi mulut…..sambil berkate ”binatang ape GOOGLE ni”
    Kah kah kah

    • MuJE pada 06 Apr 2011

      hahaha… this is epic! mesti generasi X yang mula-mula pakai yahoo dorang sume ni

  6. RedBoys pada 02 Aug 2011

    wah.. dah ada CEO baru.. harap akan ada penambahbaikan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader