Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya Larry Page yang memulakan tugas pada awal minggu ini sebagai CEO telah pun mula melakukan pelbagai perubahan pada Google, dimana salah satu perkara yang ditekankan oleh Larry Page adalah berkaitan dengan inovasi, selain turut sama mengurangkan birokrasi dalaman pada Google.
Larry Page kini telah pun menjadikan setiap eksekutif sebelum ini sebagai tunjak utama setiap unit pada Google. Andy Rubin kini menjadi Senior Vice President of Mobile, Vic Gundotra menjadi Senior Vice President of Social, Sundar Pichai sebagai Senior Vice President of Chrome, Salar Kamangar sebagai Senior Vice President of Youtube, Alan Eustace sebagai Senior Vice President of Search, dan juga Susan Wojcicki sebagai Senior Vice President of Ads.
Mereka semua akan terus berhubung dengan Larry Page, selain memegang kuasa penuh dalam membangunkan dan membuat setiap keputusan yang berkaitan dengan unit mereka. Perkara ini juga dijangka akan meningkatkan pelbagai inovasi dalaman, serta membolehkan Google mengeluarkan pelbagai produk baru, selain menambah-baik produk-produk sedia ada.
Sebelum ini, Google telah diterajui oleh Eric Schmidt yang mana telah menjadi CEO Google selama lebih 10 tahun, bermula daripada tahun 2001. Kini, Eric Schmidt kekal bersama Google sebagai Ketua Eksekutif, dan memfokuskan kepada perhubungan luar dan kerjasama bersama pihak lain.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Semoga inovasi ini dapat melahirkan lebih banyak produk-produk Google yang lebih hebat, mesra pengguna dan paling penting, bermanfaat kepada pengguna Google di seluruh dunia.
i do hope Google will help eliminating 18sx website to the lowest possible in search result.