Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sepanjang tahun lepas, seperti sedia maklum, jalur-lebar telah berkembang dengan sihat di Malaysia. Kerajaan sendiri telah mencapai sasaran tembusan jalur-lebar yang mana telah melebihi 50%. Hari ini, pihak P1 berkongsi beberapa data-data menarik berkaitan perkembangan jalur-lebar sepanjang tahun lepas.

Sepanjang tahun lepas, Celcom telah mendapat paling ramai pengguna jalur-lebar mereka yang baru, dimana mereka telah mendapatkan lebih kurang 28% daripada pendaftar baru. Menurut P1, mereka mendapat paling ramai pendaftaran baru pada pertengahan tahun pertama. Ianya diikuti oleh Maxis dengan mendapat 26% pengguna jalur-lebar baru. Ianya diperkatakan yang mana Maxis mendapat paling ramai pendaftar baru sekitar pertengahan tahun kedua tahun 2010.
TM mendapat lebih daripada 22% pendaftar jalur-lebar yang baru. Mungkin ianya terus meningkat, dengan pengenalan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi yang baru, UniFi. Ianya diikuti oleh DiGi dengan 13%, dan P1 mendapat lebih kurang 11% pengguna baru berdaftar dengan mereka.
Secara rambangnya, dalam sepuluh pendaftar baru untuk perkhidmatan jalur-lebar, seorang memilih P1 sebagai pilihan mereka. Namun begitu, mengikut kadar liputan 45% oleh P1, mereka menerima lebih kurang 24% pengguna baru. Pada suku-tahun keempat tahun 2010 sahaja, P1 menerima lebih daripada 56,000 pengguna baru berdaftar dengan mereka, pencapaian tertinggi sehingga kini, menjadikan jumlah keseluruhan pengguna P1 berjumlah melangkaui angka 280,000 orang.
Untuk tahun ini, P1 terus mempunyai beberapa perancangan untuk meneruskan pegangan saham mereka, yang mana masih dipegang oleh TM sehingga tahun lepas, dengan lebih 47% pegangan saham pengguna jalur-lebar tempatan.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
so far P1 punya servis memang okay~
TM kawan rumah aku elok saja.
tm terbaek…
p1 x guna. aku dah terminate blan 12 but they still send bill to me. so stupid. dah lah speed slow. nak tgk youtube 240p pun x lpas
speed dia semua bergantung pada kawasan. hang kena cek betul-betul sebelum beli. kengkadang sales man dia wat silap.
p1 punyer servis hancur…
ak dok kat line sg buloh..
lepas sthun pkai tiba2 jdik slow…
now dye bt ade quota plak..
time ak register dlu agent ckp unlimited…
ap crite nie?