05Apr

Lebih 170,000 Blog Kini Berdaftar Dibawah Nuffnang

Web 2.0

Dengan lebih daripada 4 tahun operasi, kini Nuffnang telah mempunyai lebih kurang 170,000 blog tempatan yang berdaftar dibawah mereka, Angka ini memperlihatkan penambahan lebih daripada 30,000 blog baru dibawah mereka sejak daripada penghujung bulan Disember 2010.

Angka sebanyak 170,000 ini adalah dibawah Nuffnang Malaysia sahaja. Nuffnang sebelum ini telah memperluaskan perkhidmatan pengiklanan mereka dibeberapa buah negara disekitar Asia, dimana yang paling terbaru adalah Nuffnang China.

Angka penuh blog-blog berdaftar dibawah Nuffnang masih lagi tidak diketahui sehingga kini. Namun begitu, penambahan sebanyak lebih daripada 30,000 blog sejak bulan Januari sehingga April menandakan bertambah aktifnya para pengguna tempatan dalam membangunkan blog. Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan yang lebih sihat dalam industri blog sepanjang tahun ini.


Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru
Apakah Masa Depan FeedMalaya?
Antaramuka Pertama Laman Undies.my Diperlihatkan
GaySec Godam Nuffnang - Pangkalan Data Dilepaskan
Eatery - Menjadikan Pemakanan Anda Lebih Sihat Dengan Integrasi Fungsi Sosial

7 Komen

  1. hakimfaridzul pada 05 Apr 2011

    tahniah Nuffnang team!

  2. zuarxpdc pada 05 Apr 2011

    pergh!!!ramai gle yg berblogging sekarang ni..mcm cendawan tumbuh.huhu

  3. ekspresiruang pada 05 Apr 2011

    ni semua mesti sbb nk dpt duit lebey dr berblogging ni. hehe

  4. aiez pada 05 Apr 2011

    dapat jugak kenal kawan-kawan baru..^^

  5. Mario88 pada 05 Apr 2011

    Tahniah Nuffnang, perkembangan yang bagus bagi yang berblogging.

  6. Ali ridha pada 05 Apr 2011

    daftar saja…iklan nuffnang aku tak
    letak.

  7. MuJE pada 06 Apr 2011

    wow! sebulan 10,000 blog tumbuh!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader