Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang dinantikan, hari ini LG Optimus 2X dan juga LG Optimus Black telah pun diperlihatkan di Malaysia. Buat masa ini, hanya LG Optimus 2X sahaja mula dijual pada harga RM1899, dan para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM878 melalui Celcom.
Celcom buat masa ini hanya mengadakan promosi ringkas, dimana 300 pengguna pertama yang membeli LG Optimus 2X di Sepang mulai hari ini sehingga 10 April boleh mendapatkannya pada harga hanya RM878.
LG Optimus 2X merupakan antara peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan dual-core, serta membawakan sistem operasi Android. Menurut LG, Optimus 2X kelak dijangka akan mendapat kemaskini Android Gingerbread sekitar bulan Jun nanti.
LG Optimus Black pula masih tidak diketahui harganya lagi, dan dijangka akan tiba di Malaysia sekitar bulan Mei kelak.
10 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
kalau ikut spec, smartphone samsung ngan LG, yg mana better eh?
damn…now xperia become worthless….sebab tu aku cakap product value android ni sekejap jer…
Apa pasal xperia yg baru je launch jadi worthless plak?
Boleh explain sikit ?
boleh rujuk di sini http://mrmaza.my/android-nilainya-vs-iphone.html
jika nak dibandingkan dari segi harga, LG Optimus 2X lagi murah (provided that harga yang aman tulis ni betul n RRP) berbanding Xperia Arc.
Put other spec aside, LG Optimus 2X adalah phone dual core n SE Xperia Arc (xperia di atas saya refer as arc) hanyalah single core…
N, Dual core lagi murah? dush….
Ada betulnya cakap saudara kat situ.
Dari segi spec mmg Xperia ni kureng sikit. Tapi pada saya, ada bagusnya.
Sbb competition fierce gila, ada peluang harga jatuh dua tiga bulan lagi.
Saya dah tak kisah second value utk barang2 elektronik ni. Bukan apa, mmg takde value pun..
sumpah aku tak pernah pakai smartphone lagi ni. teringin. tggu amanz.my buat giveaway la hihi
spec lg optimus 2x nie tgi.. tp die x perform well seperti yg die tulis.
cube tgok video utube..Video recording die xhebat plus xsmooth..
dr iphone 4
LG letak harga Optimus 2x murah sebab akan bersaing dgn Motorola Atrix dan juga Samsung Galaxy II i9100.
kalu diikutkan pada perbandingan dgn kedua2 smartphone ni..mmg LG Optimus 2x agak ketinggalan tp masih lagi terbaik berbanding smartphone yg lain.
sukar untuk dikatakan pretasi “Jelas” antara LG Optimus 2X dengan persaingnya Samsung Galaxy S II yang mana lebih baik memandangkan kedua-dua mengunakan dual core processor tapi dari pretasi terbaru samsung menpunyai sedikit kelebihan berbanding dengan LG dimana samsung telah memantapkan pretasi telefonnya (SGS II) menambah pretasi processornya dari 1ghz dual core pada 1.2 ghz dual core…dari segi lain Samsung memang menpunyai spec terbaik buat masa ni dengan seperti 1gb REM, Super AMOLED Plus.. Bagi aku semua tu bagaikan hanya sementara sebagai contoh bulan ogos nanti Qualcomm akan mengeluarkan dual core sendiri yang lebih berkuasa pada clock 1.4ghz ..mungkin akan di gunakan pada smartphone pada akhir 2011 dan awal 2012.. memang mengujakan tapi pada tahun hadapan mungkin akhir tahun depan giliran quadcore menerjah pula..kesimpulannya, seolah secanggih mana smartphone hari ini, cuma bertahan sekurang-kurang enam bulan je dan selepas dipasaran 3 bulan harga pasti turun secara agak ketara mungkin sekitar kadar rm100