12Apr

MalaysiaKini Menjadi Mangsa DDOS, Kini Menggunakan Facebook Dan WP.com

Web 2.0

Sepanjang hari ini, salah satu laman web berita terkemuka di Malaysia, iaitu MalaysiaKini menghadapi masalah kesukaran untuk diakses, akibat daripada serangan DDOS yang diterimanya sejak daripada jam 11 pagi tadi. Ianya diperkatakan kesemua pelayan MalaysiaKini diserang serentak, menyebabkan kesukaran untuk diakses oleh para pembacanya.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui siapakah yang menyerang mereka, namun menurut pihak mereka, MalaysiaKini diserang melalui DDOS (denial-of-service attack) menggunakan alamat IP daripada pelbagai lokasi berbeza daripada seluruh dunia.

Dengan para pengunjung MalaysiaKini yang semakin ramai, beserta dengan serangan DDOS ini, mengakibatkan pelayan mereka tidak dapat mengendalika jumlah trafik yang sebegitu banyak, sekaligus menghadapi masalah kesukaran untuk diakses.

Selain daripada serangan pada pelayan laman utama, sistem emel mereka turut sama diserang oleh pihak berkenaan. Buat masa ini MalaysiaKini menggunakan Facebook sebagai salah satu platform untuk menulis mengenai keadaan semasa, sekaligus membolehkan kesemua pengguna mengakses berita terkini melalui Facebook MalaysiaKini secara percuma. Selain daripada Facebook, MalaysiaKini turut sama menggunakan perkhidmatan WordPress.com dalam membawakan berita terkini untuk penggunanya.

Pihak MalaysiaKini sedang mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengembalikan laman mereka seperti dahulu.


Malaysiakini down, hit by cyber attacks : http://on.fb.me/ePdvYx #mkiniOnFBless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


All Malaysiakini stories available at https://www.facebook.com/MalaysiaKini?sk=notes, fee l free to repost on blogs etc. No copyright.less than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply


Google Mengintegrasikan Amazon Associate Pada Blogger
Celcom Bakal Memperkenalkan Friendster Via SMS
MyFriends2U Memperkenalkan Laman Marketplace
Lebih 14.7% Daripada Laman Web Di Internet Menggunakan WordPress
Lowyat.net Store Dijenamakan Semula Sebagai StoreKini

11 Komen

  1. nizamghazi pada 12 Apr 2011

    Asal nama Malaysia je mesti kena

  2. reezluv pada 12 Apr 2011

    ada la tu kot..:D

  3. ali mamak pada 13 Apr 2011

    ape main2 politik bro..
    nak politik2 g tempat lain.. dacing ke. bulan ke.. mata satu ke..
    g tempat lain..

  4. aimannajmy pada 13 Apr 2011

    patut dari tadi tak dapat masuk.. baru tau punca dia

  5. Aman pada 13 Apr 2011

    Segala komen berkaitan politik akan kami buang. Sekian. Weee~

  6. computer guy pada 13 Apr 2011

    what i know about ddos is, the victim server ip-address / dns been ping continuously from thousands/millions of other locationw, thus, small packet of data been sending to the server, makes it heavy load… am i right?

  7. Azam pada 13 Apr 2011

    bende ni pun kita tak tahu sape yang buat…but disebabkan menjadi salah satu web yang popular kat malaysia, memang selalu jadi sasaran. mana tahu selepas ini laman web akhbar lain pula menjadi mangsa.

    peperangan cyber terjadi setiap hari. Kita tak tahu. but i do believe both side kene bende ni (both: pro n against).

    tak lama lagi mungkin site amanz ni kene gak..haha..yer la dah makin popular. ade je orang dengki.

    • Iskandar pada 13 Apr 2011

      Tahun lepas blog liewcf.com kena DDOS.

      Harapan aku tak jadi la kat Amanz, bosan pagi2 tak tau aku nak lepak blog tech Melayu mana plak.

      • Taufik Mansor pada 13 Apr 2011

        kena ddos adalah asam garam dalam dunia web…. :D

        sabo je la

  8. Haz pada 13 Apr 2011

    sudah…MalaysiaKini pulak jadi mangsa..
    cyber attack is everywhere nowdays..
    people are know too many about technology i think?


Trackbacks/Pingbacks

  1. Ikan Patin Mahal, Telur Tiruan Dan Soya Air Liur | Hidup Biar Sedap

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader