Cari @ Amanz

Seperti keluarga Desire sebelum-sebelum ini, kini nampaknya Maxis akan membawa masuk HTC Desire S ke Malaysia dalam beberapa minggu lagi. Sebelum ini, HTC Malaysia telah pun melancarkan HTC Incredible S, dan kini para pengguna masih lagi menantikan HTC Wildfire S yang masih tidak diketahui akan ke syarikat telekomunikasi yang mana.

Sebelum ini, HTC telah memperkenalkan HTC Incredible S, Desire S dan juga Wildfire S pada bulan Februari yang lepas. HTC Desire S membawakan skrin sentuh seluas 3.7-inch dengan resolusi 480×800 pixel, 1GHz CPU, 768 MB RAM, dan memori terbina 1.1GB. Ianya turut membawakan kamera 5 megapixel dengan sokongan autofokus dan LED flash, dengan keupayaan merakam video 720p. Para pengguna turut sama boleh membuat panggilan video melalui kamera hadapan yang turut didatangkan bersama-sama dengannya.

Harga dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

#Maxis10 Android fans! Sign up @ http://bit.ly/Maxis10 for a chance to review the latest smartphone, the HTC DESIRE S!less than a minute ago via HootSuite

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd