16Apr

Maxis Bakal Menawarkan HTC Flyer Pada Harga RM199

Gajet, Telekomunikasi

Nampaknya, mungkin tidak lama lagi HTC Flyer mungkin menjadi salah satu tablet yang popular di Malaysia, memandangkan Maxis telah pun menyatakan akan menawarkannya pada harga serendah RM199 untuk tablet pertama daripada HTC itu. Namun begitu, pakej dan pelannya hanya akan diperkenalkan pada 12 Mei kelak.

Buat masa ini, tiada banyak komen yang diberikan oleh pihak Maxis, dan ianya diperkatakan yang mana pakejnya kelak akan menarik. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi menjadi tanda tanya bagaimanakah pihak Maxis akan menampung kembali kos peranti yang dijual pada harga RM2499 sekiranya mereka menjual peranti yang sama pada RM199. Sama-sama kita nantikan perkembangannya pada 12 Mei kelak.


Maxis customers will be soon be able to purchase the htc flyer from rm199. More deets on 12May #MaxisHTCless than a minute ago via HootSuite Favorite Retweet Reply


Samsung Galaxy Tab 8.9 Diperlihatkan Dalam Video
Nokia Bakal Melepaskan Kemaskini Symbian Belle Dua Hari Lagi?
Acer Malaysia Menawarkan Diskaun Sebanyak RM1000 Untuk Aspire S3 Core i7
Nokia Telah Mula Mendominasi Jualan Peranti Windows Phone
Nokia Lumia 900 Mula Kelihatan Pada Laman Rasmi Nokia Malaysia

11 Komen

  1. penyubiru pada 16 Apr 2011

    RM199?? maxis salah taip kut. hehe..

    • Aman pada 16 Apr 2011

      tak. memang dah sahkan balik dengan diorang.

  2. faiz pada 16 Apr 2011

    menarik! tapi sygnya flyer tak menggunakan honeycomb..hmmm

    • Aman pada 16 Apr 2011

      diorang cakap akan menerima Honeycomb nanti, tak lama lagi.

      • faiz pada 16 Apr 2011

        nice..kalau camtu boleh consider gak compare xoom n samsung galaxy tab

  3. Azizwan pada 16 Apr 2011

    aku ingat salah taip td.. rupanya betul.. kalau mcm ni, aku pun nak.. huhu..

  4. yus pada 16 Apr 2011

    tgk monthly commitment berapa nanti

  5. melayubuntu pada 16 Apr 2011

    aku dah tau dah trick ni..
    RM199 kepada 10 orang terawal..bla bla bla..
    pastu ramai2 datang beratur…keh3..
    lebih kurang cam tu je nanti..

    • Orang Akaun pada 18 Apr 2011

      lepas tuh hidden charge macam haram punya mahal..haha

  6. ccsoya pada 16 Apr 2011

    Ketua Pegawai Operasi Maxis sah kan harga RM199 dengan pembelian berkontrak
    http://www.soyacincau.com/2011/04/15/rm199-for-the-htc-flyer-whats-the-catch-maxis/

    Maklumat lanjut May 12

  7. Mohd Isa pada 16 Apr 2011

    berkontrak punya harga…buatnya 24 bulan kena bayar RM199…dah berapa? haha, pancing je lebih…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader