16Apr

Maxis Dan HTC Mengumumkan Kerjasama Strategik

Gajet, Telekomunikasi

Dengan pelbagai peranti HTC yang dibawakan bersama oleh HTC dan Maxis ke Malaysia, kini mereka telah pun mengumumkan kerjasama strategik bersama, dimana HTC dan Maxis dijangka mengumumkan sehingga lima telefon pintar baru sepanjang suku-tahun kedua tahun ini.

Semalam sahaja, HTC bersama-sama dengan Maxis telah melancarkan dua peranti baru, iaitu HTC Flyer dan juga HTC Desire S, yang mana kedua-duanya ditawarkan eksklusif oleh Maxis untuk suatu jangka masa. HTC Flyer sendiri yang akan dijual pada harga RM2499 akan ditawarkan oleh Maxis pada harga serendah RM199 kelak.

Mungkin dalam beberapa minggu akan datang, kita akan dapat melihat lebih banyak peranti HTC baru yang ditawarkan oleh Maxis secara eksklisuf. Selain daripada HTC, Maxis juga turut sama menawarkan pelbagai peranti terbaru yang lain di pasaran Malaysia, termasuk Nexus S, dan akan datang Motorola Xoom.


Celcom Membawa Masuk LG Optimus 7
Peranti Windows Phone Dari Nokia Pada 26 Oktober?
Vertu Memperlihatkan Constellation - Telefon Mewah Skrin Sentuh Pertama Mereka
Ulasan Penuh Acer Aspire S3 : Ultrabook Untuk Semua?
Grafik Pada Telefon Pintar Bakal Mendahului Xbox 360 Menjelang 2014

2 Komen

  1. epulpecoi pada 17 Apr 2011

    eksklisuf?.. salah eje ea?

  2. wazy pada 18 Apr 2011

    Tak sabar nak tunggu review Motorola Xoom plak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader