Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, kini evolusi antaramuka pertama untuk Windows 8 mula kelihatan, dimana setelah memperkenalkan antaramuka Ribbon pada Microsoft Office, kini nampaknya antaramuka yang sama akan turut sama diperkenalkan pada sistem operasi generasi baru Microsoft, yang dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini.


Melalui laman Within Windows yang sebelum ini memperlihatkan skrin log masuk ke Windows 8 bercirikan Metro, kini mereka memperlihatkan antaramuka Ribbon yang dijangka akan diperkenalkan pada Windows Explorer. Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mungkin antaramuka Ribbon pada Windows Explorer ini kelak akan mengalami sedikit perubahan pada versi akhirnya kelak.


Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum versi akhir lagi, da mungkin juga Microsoft akan memperkenalkan beberapa antaramuka pilihan yang lain kepada para pengguna supaya ianya tidak memakan ruangan skrin yang besar.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cam buruk je bulat2.. hahaha..
maybe bulat-bulat tu sebab ikon akhir diorang tak siap lagi kot.
seriously ribbon interface?
such a waste of space. Microsoft oi microsoft.
alah.ko x yah la banyak bunyi. ko bukan pandai buat OS sendiri pun. :p takat cakap je lebih
huhuhuhu xD
FAIL !
Kalau wat icon lain kan lawa skit
belum sempurna lagi kan…pakat2 bawak besabar dulu…dah keluar t pakat2 nilaikan
fail la.. dah cam office pulak da..
cam xbestt jerrr…. kranggg mnarikk laa
cuba dulu, baru boleh cakap fail ke x
Prefer rekaan yang lebih minimalist. Ribbons tu akan makan banyak real estate monitor aku nanti, dah la monitor aku ni kecik aje. Harap akan ada option untuk tukarkan ribbons tu kepada something yang lebih compact.
pergh…jangan makin slow sudah…