28Apr

Motorola Xoom WiFi Dilancarkan Di Malaysia

Gajet, Telekomunikasi

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini secara rasminya Motorola bersama-sama dengan Maxis telah pun melancarkan tablet pertama yang menggunakan Android 3.0 Honeycomb, iaitu Motorola Xoom di Malaysia. Namun begitu, versi yang diperkenalkan di Malaysia adalah hanya versi WiFi sahaja buat masa ini.

Motorola Xoom dilancarkan eksklusif bersama-sama dengan Maxis, dimana para pembeli yang membelinya bermula daripada 6 Mei kelak, dan mungkin pakej rasmi Maxis akan diumumkan ketika itu. Para pengguna yang berminat juga boleh mendaftarkan minat pada halaman Maxis untuk maklumat lanjut mengenainya. Harga untuk Motorola Xoom bermula daripada RM2499.

Secara amnya, Motorola Xoom WiFi membawakan cip pemprosesan dual-core 1GHz, dengan kamera hadapan 2 megapixel, dan juga kamera belakang 5 megapixel. Ianya juga turut menyokong Adobe Flash, serta membawakan pelbagai fungsi menarik tambahan. Kami akan membuat ulasan ringkas mengenai Motorola Xoom WiFi ini dalam artikel akan datang.


HP Bakal Memperkenalkan Perantian webOS
TM : Gangguan Pelayaran Web Melibatkan Amerika Syarikat
Telefon Pintar Android Yes4G Akan Membawakan Ruangan SIM?
Aplikasi Android Music 3.0 Mula Tersebar Di Internet
PlayBook Bakal Dilancar 16 Julai - Harga Bermula RM990 Dengan Maxis

4 Komen

  1. faiz pada 28 Apr 2011

    Dah test ke? Warghhhh…jelesnya! huhu..

  2. asbahri pada 28 Apr 2011

    Already bought mine earlier this month, my review (in BM) http://epul.budak-u.com.my/xoom

  3. RIS-FAMILI pada 04 May 2011

    Dah dengar lama dah, ingatkan dah ada. tu sebab bila pegi lowyat atau kedai komputer selalu jeling2 gak kedai yg ada jual. rupanya baru je nak lancar. Patutla tak jumpa sebelum ni.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader