27Apr

Mudah.my Mula Mempromosikan Perkhidmatan Di Kaca Televisyen

Web 2.0

Setelah memperkenalkan perkhidmatan jual-beli mereka tidak lama dulu, Mudah.my telah menjadi salah satu perkhidmatan yang berkembang dengan sihat dan pantas di Malaysia. Seperti sedia maklum, ketika pelancarannya, mereka menggunakan banyak platform pengiklanan, terutamanya Google Adwords, dan terkini mereka mula mengiklankannya pada televisyen.

Seperti iklan lain, iklan komersial Mudah.my di televisyen turut sama membawakan mesej yang ringkas dan padat kepada para penonton. Iklan Mudah.my ini turut sama membawakan tajuk Beli.Jual.Cari.Hampir Apa Pun. Beberapa variasi iklan juga turut diperlihatkan pada televisyen, dalam mempromosikan perkhidmatan Mudah.my.


MySpace Sudah Mula Menyediakan Perkhidmatan Emel
MOHE Memperkenalkan Forum Untuk IPTA dan PTPTN
Blog Kini Menjadi Cabaran Para Artis
Aplikasi Twitter Untuk BlackBerry Beta Di Lepaskan
MyOh.my Dilancarkan - Parodi Kepada Emel 1Malaysia

14 Komen

  1. yanmie pada 27 Apr 2011

    wah makin maju mudah nie, antara website pertama suami akak buka klu dia online selain buka forum nismoclub…ehehe :)

    • afiq aiman pada 27 Apr 2011

      dia xbaca blog akak dulu noh hihi (gurau je) :)

  2. lAl pada 27 Apr 2011

    Tue la.. ada tengok malam semalam… Sangat mantop!!ahaha

  3. Azam pada 27 Apr 2011

    mudah.my kene pergi global..baru mantop..hehe

    • paeh pada 29 Apr 2011

      actually konsep mudah.my niii dah pergi global… kalau pergi site dia… kat footer dah ada hampir seluruh dunia dengan pelbagai bahasa…..

  4. ekspresiruang pada 27 Apr 2011

    tapi market Malaysia pon masih banyak lagi untuk diteroka. masih byk peluang pasaran lagi. xperlu nk cepat globalise. concentrate on nationwide je dulu :)

  5. Eriyza pada 27 Apr 2011

    Terbaekkk!
    Iklan simple tp menarik!

  6. Nasrul Hanis pada 27 Apr 2011

    semakin maju.. dan iklan yang smart!

  7. afiq aiman pada 27 Apr 2011

    kalau kat luar ni lebih kurang amazon la tahap popular dia. cuma amazon nampak lebih profesional hihi.

  8. Hafiz pada 27 Apr 2011

    Mudah ni sebenarnye adalah syarikat luar, sebelum mudah wujud lagi die dah famous kat luar, mudah.my ni pemilik nyer orang singapore – 701 panduan adalah syarikat yang memiliki Mudah. Maka Mudah xpayah nak ke global sebab die memang dah global pun dengan nama2 lain, cube tengok betul2 kat website diorang, ade laman web lain selain dari mudah mengikut negara :)

  9. SJ pada 28 Apr 2011

    argh!!! budak pompuan mintak apa pun bleh dapat!!!!! aku klau nak apa2 mesti kna kumpul duit sendiri!!!!!!!!!!

  10. Firdaus pada 28 Apr 2011

    Uncle ni guna MacOS la.. Cantik LCD. ‘Mudah’ juga ke..:D

    • myFirdaus pada 05 May 2011

      kat LCD kuar Firefox Win XP. then tetiba jadi Chrome MacOSX plak.. hahaha

  11. Juan pada 01 May 2011

    aku selaku guner mudah ni


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader