07Apr

Opera Memperkenalkan Perkhidmatan Emel

Web 2.0

Setelah mengambil-alih FastMail.FM pada tahun lepas, hari ini secara rasminya Opera Software, pembangun pelayar web Opera kini memperkenalkan perkhidmatan emel mereka yang tersendiri, dipanggil sebagai My Opera Mail. Melalui perkhidmatan baru ini, semua pemegang akaun My Opera akan mendapat alamat emel mereka tersendiri yang berakhir dengan @myopera.com.

Para pengguna My Opera, Opera Link ataupun Opera Unite boleh log masuk ke Opera Mail dengan mudah menggunakan kata laluan dan nama pengguna yang sama, serta mengakses alamat emel mereka yang baru itu. Menariknya mengenai perkhidmatan emel daripada Opera ini adalah dimana ianya mesra pelbagai peranti, dimana para pengguna boleh mengakses emel terus dariapda Opera Mini pada telefon bimbit, mengaksesnya melalui telefon pintar, tablet, mahupun desktop seperti biasa.

Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat beta, dan banyak lagi fungsi baru dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa. Anda boleh mengujinya terus dengan melayari laman Opera Mail hari ini.


Tiket Tayangan The Social Network Untuk Di Menangi
Gambar Awal Telefon Facebook HTC Kelihatan
Foozy.my Dilancarkan - Laman Sosial Dan Siaran Bola Sepak Melalui Web
MyEmail Kini Hanya Mempunyai Lebih Kurang 3,000 Pengguna Berdaftar
StartupsDB Menyenaraikan Startup Di Malaysia Dan Juga Luar Negara

4 Komen

  1. ekspresiruang pada 07 Apr 2011

    opera ni mostly digunakan dalam hp ke ataupun pc eh?

    • Aman pada 07 Apr 2011

      kebanyakkan kat HP kalau tak silap. :D

  2. suffer8zine pada 07 Apr 2011

    den dulu masuk web2 guna hp dengan opera ni la

  3. razfira pada 07 Apr 2011

    wauuu.. cambest


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader