26Apr

MyOh.my Dilancarkan – Parodi Kepada Emel 1Malaysia

Web 2.0

Dengan ramai yang berkata mengenai projek emel 1Malaysia oleh Tricubes, kini peluang tersebut diambil oleh sekumpulan pembangun, dimana sebagai projek sekadar suka-suka, mereka melancarkan halaman parodi untuk MyEmail.my, iaitu MyOh.my. Melaluinya, para pengguna boleh mendapatkan emel percuma dengan mudah, dan tanpa sebarang penggunaan USB biometrik dan sebagainya.

MyOh.my menggunakan Google Aps sebagai platform emelnya, dan membawakan perkhidmatan emel yang selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan MyOh.my disediakan secara percuma, dan tidak menggunakan sebarang dana yang besar seperti perkhidmatan pesaingnya itu.

Bagi para pengguna yang berminat, mereka boleh mendaftarkan emel MyOh.my secara percuma melalui halaman tersebut, dan dapatkan nama pengguna kegemaran mereka melaluinya, serta menikmati pelbagai perkhidmatan tambahan yang didatangkan, termasuk akses kepada Kalendar, kebolehan untuk membaca dan meng-edit dokumen secara atas talian, dan banyak lagi perkara yang turut sama dibawakan oleh Google Apps.


Friendster dan MOL Membawakan Friendster Wallet
Dr Rozmey Bakal Melancarkan Saluran Internet, dRPlanet TV
Twitter Menambah-Baik Fungsi Carian
Negaraku Bakal Kembali Untuk Menjadi Destinasi Kandungan Tempatan
FourSquare Kini Mempunyai Lebih 20 Juta Pengguna

27 Komen

  1. Omar pada 26 Apr 2011

    sanggup beli domain .my tu untuk parodi.. haha…

  2. titan pada 26 Apr 2011

    hoho..leh cuba nih..

  3. paeh pada 26 Apr 2011

    terbaik punya parodi….. mmg saje nak bg 1malaysiaemel tak dapat sambutan barangkali….. kekeke

  4. Linuxmalaysia pada 26 Apr 2011

    Boleh propose kat Google untuk increase jumlah pengguna. Hehehe.

  5. yusri pada 26 Apr 2011

    nak buat email free banyak2 pun nak buat apa…bukan nak guna sangat…1malaysia email membazir duit kerajaan…tpksa bayar 50 sen setiap email yang di hantar ke pengguna…

    • Budak lagi pada 27 Apr 2011

      syarikat tu panda buat email e…tak ada inivasi langsung..siapa la nak guna…kalau guna mungkin terpaksa kot..hehehe

  6. mosyar pada 26 Apr 2011

    hahahaa…nama domain pun dah lawak dah bagi yang mengerti…kwa-kwa…
    logo dia macam dah nak sama dah.

    agaknya siapakah dalang disebaliknya eh?

    • Omar pada 26 Apr 2011

      gi check kat Mynic la… whois tgk siapa…

    • rizuani pada 27 Apr 2011

      http://www.who.is/whois/myoh.my/
      a [Domain Name] myoh.my
      b [Registration No.] D6A029210
      c [Record Created] 14-SEP-2010
      d [Record Expired] 14-SEP-2011
      e [Record Last Modified] 23-APR-2011
      f [Invoicing Party] R031
      HostRelax Billing Dept
      HostRelax.Com, Inneta Corporation Sdn Bhd
      Unit 2-3, 2nd Floor, Mayang Mall
      Jalan Mayang Pasir 1
      11950 Bayan Lepas
      Pulau Pinang
      Malaysia
      Email Masking Image@hostrelax.com
      (Tel) 604-6306887
      (Fax) 604-6306889

      g [Registrant Code] RKEY0000015120
      CONCEPTRIAL SDN. BHD.
      (894028-A)
      136 Jalan Bukit Bintang
      53100 Kuala Lumpr
      Wilayah Persekutuan
      (Tel) 603-22975208
      (Fax) –

      h [Administrative Contact Code] CKEY0000024323
      Joffres Kal
      CONCEPTRIAL SDN. BHD.
      136 Jalan Bukit Bintang
      53100 Kuala Lumpr
      Wilayah Persekutuan
      Malaysia
      Email Masking Image@web-hosting.net.my
      (Tel) 603-22975208
      (Fax) –

      i [Billing Contact Code] DCA022259
      Lee Cheng Yew
      Future Net
      12A, Jalan Teluk Pulai KS/1
      41100 Klang
      Selangor
      Malaysia
      Email Masking Image@serverfreak.com
      (Tel) 03-33712564
      (Fax) 03-22975209

      j [Technical Contact Code] DCA022259
      Lee Cheng Yew
      Future Net
      12A, Jalan Teluk Pulai KS/1
      41100 Klang
      Selangor
      Malaysia
      Email Masking Image@serverfreak.com
      (Tel) 03-33712564
      (Fax) 03-22975209

      k [Primary Name Server] SKEY0000000847
      ns1.dreamhost.com 64.79.209.176

      l [Secondary Name Server] SKEY0000000849
      ns2.dreamhost.com 67.223.226.211

      [Secondary Name Server] SVA002057
      ns3.dreamhost.com 66.33.216.216

  7. ekspresiruang pada 26 Apr 2011

    terbaik!

    • rajawali pada 26 Apr 2011

      pe la yg terbaik sgt tu

  8. Eriyza pada 26 Apr 2011

    Apa lokomotifnya membuat emel sebegini pula??
    Sengaja hendak mencabar kerajaankah sdgkan
    ianya suatu pembaziran yg amat jelas.

    • saya_bukan_geek pada 27 Apr 2011

      tak, motifnya bukan nak mencabar kerajaan mungkin, tapi untuk membuktikan bahawa Conceptrial Sdn. Bhd boleh mencipta perkhidmatan e-mel percuma untuk rakyat 1 Malaysia tanpa mendapat suntikan dana 50 juta.

      • hotfloppy pada 27 Apr 2011

        betol2.. tak payah dana besar2 utk buat email.. tapi dana yg besar tu sbenarnye utk cover cost
        device biometrik tu.. tol tak ? ;)

    • Budak lagi pada 27 Apr 2011

      Dengan modal sebesar tu kita boleh buat satu inovasi yang lebih bagus..ni setakat email je..amat merugikan la… Harap http://www.myoh.my/ dapat memberikan ciri-ciri keselamatan yang lebih hebat dari myemail dgn kos yg murah.

  9. ShakRoil pada 27 Apr 2011

    haha.. parodi untuk email 1malaysia pon ada… huhu

  10. Orang Akaun pada 27 Apr 2011

    hahahahahaha
    like this
    tricubes trolled

  11. aburifaie pada 28 Apr 2011

    ini menunjukkan kos utk buat page email tidaklah terlalu mahal…

  12. Abdul Hanan pada 28 Apr 2011

    Kos nak buat emel tak mahal? Hehe kalau pakai sendiri memang la tak mahal, kalau pakai GMail ke, Yahoo Mail ke, benda tu free memangla tak mahal.

    Yang mahal nya fasiliti untuk support servis emel ni, contoh paling dekat server. Takkanla nak jadi email provider tapi pakai shared hosting? :)

    Kalau tak nak pakai servis ni nanti, takpe. Lagipun bukan wajib, tak berdosa pun kalau tak pakai.

    Dan tak perlulah nak cakap bazir duit rakyatlah, kroni lah itu lah ini lah. Makin banyak komen makin jelas nampak kurang cerdiknya akal yang tuhan bagi tu. ;)

    • alisabki pada 02 May 2011

      Kos emel dari google ni free la. Tak perlu share hosting pun. Takder domain pun boleh apply. Apatah lagi kalau ada domain…
      Bila kita guna gapps kita tak perlu jadi provider, semua tu kerja google. Semua dia tanggung. dan sekali lagi, free.

      Nak pakai, tak nak pakai? masalahnya, pakai ke tak pakai ke, duit sape dia ambik? berdosa ke tak kalau ambik duit rakyat?

      dah memang benda membazir. terang-terangan kroni. ingat rakyat ni kurang cerdik la nak bodohkan begitu saja… ingat diorang jer yg cerdik pandai kat malaysia ni…

  13. kazuki pada 28 Apr 2011

    ironi sungguh sudah terang lagi bersuluh. pe kejadah ye wat emel.. sedangkan bersepah emel2 percuma. apa google xbgs? yahoo xbgs? dieorg using open source bsd n linux, n sume taw kehebatan open source. 50M ingat ang keje kaji 2-3k pun smpi pencen pun xckp nk kumpul. think rasional bro.
    ni sume nk selamatkan kompeni kroni.
    klu kate lah keputusan gverment, ada bincang dalam dewan parlimen ke rakyat ke, pasal pki duit rakyat untuk emel 50M? baik bg dana kt kami student engine develop sesuatu yang baru..
    develp modal insan ke,
    xpun rakyat marhaen yang kesempitan sekarang, aku student pun terasa bro, :P

  14. Haz pada 02 May 2011

    ambil kesempatan cerita tengah panas..


Trackbacks/Pingbacks

  1. MyOh.My vs MyEmail.My | mohamadfaiz.com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader